Tajuk : Perbandingan
Dialek Melayu Kelantan Dengan Bahasa Melayu Standard Dalam Lirik Lagu.
1.0
PENGENALAN
Bahagian ini
menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang dialek dalam bahasa
Melayu standard dan bahasa Melayu Kelantan serta definisi konsep-konsep penting
yang digunakan dalam kajian ini.
1.1
Latar
Belakang
Dialek
Kelantan merupakan bahasa Melayu lisan yang digunakan oleh masyarakat negeri
Kelantan. Dialek ini bukan sahaja dipertuturkan oleh orang Melayu Kelantan
tetapi juga oleh masyarakat Cina kampung, masyarakat India dan orang Siam
kelahiran Kelantan. Tidak ada catatan sejarah yang menunjukkan dialek ini
bermula tetapi pastinya dialek ini merupakan pecahan kepada bahasa Melayu yang
mula dituturkan sejak 1,000 tahun yang lampau. Oleh sebab itu, terdapat
persamaan sebutan dan maksud bagi orang Melayu bukan sahaja di luar Kelantan
tetapi juga di luar Malaysia. Dalam dialek Kelantan ada perkataan walaupun
bunyi kasar tetapi boleh menjadikan tanda mesra atau boleh juga menjadi suatu
herdikkan jika ditutur dalam keadaan marah. Keunikkan dialek Kelantan sangat
terserlah dari segi penggunaan vokal dan konsonannya yang sangat berbeza dengan
bahasa Melayu standard.
Dialek
Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan
daripada dialek-dialek di Semenanjung. Dialek Kelantan juga merupakan sebutan
variasi bahasa yang unik terutamanya dari segi sebutan, kosa kata, dan makna.
Selain itu, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza.
Dialek Kelantan merupakan salah satu daripada beberapa dialek bahasa Melayu
yang dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari dari negeri Kelantan.
Dialek
Kelantan mempunyai sifat-sifat yang berbeza dengan beberapa dialek Melayu yang
lain, sehingga ada yang beranggapan bahawa dialek Kelantan sebagai suatu dialek
yang luar biasa dan sukar untuk difahami oleh penutur yang menggunakan dialek
yang lain. Hal ini sedemikian kerana terdapat banyak perkataan atau unsur
leksikal dalam dialek Kelantan yang sama sekali tidak wujud dalam bahasa Melayu
baku. Antaranya ialah kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata, kata-kata
yang sama tetapi berbeza erti antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu
standard.
1.2
Definisi
Konsep
Azhat
Mustapha merupakan Sarjana bahasa Melayu dan beliau telah menganalisis Jurnal Dewan
Bahasa dan Pustaka. Beliau telah membicarakan dialek Kelantan yang merupakan
sebuah komuniti dan memperlihatkan tahap asimilasi yang tinggi terhadap bahasa
dan budaya masyarakat Melayu Kelantan.
Menurut
Nik Safiah Hj. Abdul Karim (1961), dialek Kelantan telah mengambil banyak kata
daripada bahasa Melayu standard dan disesuaikan dengan pengucapan dialek
tersebut. Hal ini berlaku hasil daripada perkembangan pelajaran secara formal
seperti di sekolah-sekolah, dan pusat-pusat pengajian. Terdapat alat-alat
sebaran am seperti radio, televisyen, buku-buku, majalah, dan akhbar juga tidak
kurang pentingnya dalam mempengaruhi dan menambahkan perbendaharaan kata dalam
bahasa Melayu.
Kesedaran
tentang wujudnya bunyi vokal nasal dalam dialek Kelantan ini pernah disebut
oleh Nik Safiah Karim (1955), Hashim Musa (1974), Ajid Che Kob (1977), Abdullah
Al-Qari Haji Salleh (1981) dalam kamus pertuturan loghat Kelantan turut
memasukkan lebih daripada 1,000 kata dialek Kelantan di dalam kamus tersebut.
Menurut
A. Pei dan Frank Gayner dalam bukunya “A
Dictionary of Linguistic London” dialek ialah variasi daripada satu bahasa
tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat. Ia
mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza
daripada bentuk yang “standard” dari segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan
kata tertentu.
Kesimpulannya,
bahasa Melayu Kelantan bukan sahaja dituturkan oleh penutur jati masyarakat
Melayu khasnya malah turut dikuasai dengan baik oleh bangsa Cina, India dan
Siam.
Spacing redo
2.0 OBJEKTIF
KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
a) mengenal
pasti dan menyenaraikan fonem vokal a, e, i, o, u dalam dialek Melayu Kelantan
dan bahasa Melayu standard dalam lirik lagu
b) membandingkan
perkataan yang mempunyai sebutan yang sama tapi membawa maksud yang berlainan
dalam bahasa Melayu Kelantan dan bahasa Melayu standard
c) menghuraikan
pengguguran konsonan dalam lagu dialek Melayu Kelantan
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil
kajian ini penting untuk:
(a) memperlihatkan kelainan sebutan vokal dan
konsonan antara dialek Melayu Kelantan dengan sebutan bahasa Melayu standard
(b) untuk menambah bahan kajian
(c) dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya
untuk membolehkan pelajar memahami sekiranya mendengar pertuturan dalam dialek
Melayu Kelantan yang berbeza dengan bahasa Melayu standard
4.0 SKOP KAJIAN
Kajian
ini berfokus kepada penyebutan vokal dan konsonan bahasa Melayu standard
mengikut sebutan dialek Melayu Kelantan. Sebutan kesemua vokal dan konsonan,
seperti vokal depan, vokal tengah, dan vokal belakang akan dikaji. Selain itu,
sengauan, dan pengguguran juga akan dikaji dalam kajian ini.
5.0 BATASAN KAJIAN
Kajian
ini tertumpu kepada penggunaan dialek Melayu Kelantan dalam lima buah lagu
iaitu Anak Itik, Dikir Rambong, Wau Bulan, Bangkit Asal, dan Budu. Oleh itu,
penggunaan dialek Melayu Kelantan dalam lirik-lirik lagu tersebut mempunyai
perbezaan yang paling ketara terutama dari aspek sebutan bunyi vokal dan
konsonan serta perbezaan makna perkataan atau istilah dengan bahasa Melayu
standard.
6.0 KAEDAH
KAJIAN
Bahagian
ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data sebagai bahan kajian, kaedah
pemprosesan/penganalisisan data dan cara persembahan dapatan kajian.
6.1 Mendapatkan Data
Kajian ini dibuat dengan menggunakan
kaedah kepustakaan iaitu penyelidik mendapatkan data daripada perpustakaan dan
bahan kajian iaitu lirik lagu dialek Melayu Kelantan. Penyelidik dikehendaki
mengenal pasti dan menyenaraikan fonem vokal dan konsonan dalam dialek Melayu
Kelantan daripada bahan kajian. Penyelidik juga akan membuat perbandingan
perkataan yang mempunyai sebutan sama yang membawa maksud berlainan dalam
bahasa Melayu standard. Penyelidik menghuraikan pengguguran konsonan dalam
perkataan dialek Melayu Kelantan yang terdapat dalam lirik lagu yang dikaji.
6.2 Mengumpulkan Data
Untuk memudahkan penyelidik menganalisis
data, penyelidik mengenal pasti dan menyenaraikan perkataan dalam dialek Melayu
Kelantan yang mempunyai fonem vokal dan konsonan.
6.3 Menganalisis
dan Mempersembahkan Data
Data yang diperoleh itu dianalisis dengan
memberikan tumpuan kepada sebutan semua vokal dalam dialek Melayu Kelantan
iaitu vokal [i], [e], [a], [ǝ], dan [o] dan konsonan. Semua maklumat yang
dicari akan dikumpulkan melalui kaedah pustaka untuk menerangkan definisi
dialek. Hal ini akan menerangkan secara terperinci tentang kajian yang dipilih.
7.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini
akan menghuraikan dapatan kajian.
7.1
7.1.1 Pengumpulan Perkataan Dialek Kelantan
Ado
|
Sekor
|
Anok
|
Tupa
|
Jula
|
Mokte
|
Peghrok
|
Caghri
|
Make
|
Tuhe
|
Namo
|
Dale
|
Hute
|
Dehe
|
Diolah
|
Panda
|
Jatoh
|
Jare
|
Sobar
|
Tanoh
|
Jugok
|
Oghre
|
Jahak
|
Ghritu
|
Pakak
|
Hambak
|
Bimbe
|
Nyor
|
Deghrian
|
Keghrit
|
Taun
|
Haghri
|
Likung
|
Tokleh
|
Habih
|
Sayo
|
Ghraso
|
Kito
|
Ghrugi
|
Manusio
|
Mano
|
Ngaji
|
Loni
|
Banda
|
Buleh
|
Bapok
|
Jale
|
Bawok
|
Anok
|
Ghraso
|
Kerano
|
Telajok
|
Habih
|
Lughruh
|
Mato
|
Ghracun
|
Tebaka
|
Jadual
1: Pengumpulan dialek Kelantan
Jadual
1 menunjukkan kumpulan dialek Kelantan yang
terdapat dalam kajian kami.
Berdasarkan jadual di atas, terdapat banyak unsur-unsur yang boleh didapati
seperti pengguguran huruf konsonan, perbandingan dialek Kelantan dengan bahasa
Melayu dan perbezaan makna antara dialek Kelantan dan bahasa melayu.
Dalam
kajian ini juga kami telah mengumpulkan sebutan bunyi vokal dan bunyi konsonan
yang dituturkan oleh penyanyi-penyanyi Kelantan dalam lagu anak tupai, dikir
barat dan wau bulan (wau bule). Selain itu, dalam lirik lagu juga telah diubah dari perkataan dialek
Melayu standard kepada perkataan dialek
Kelantan dengan ‘pekat’sekali.
7.2 Perbandingan Sebutan Yang Sama dalam
Dialek Kelantan Tetapi Membawa Maksud Yang Lain dalam Bahasa Melayu Standard.
Dialek Kelantan
|
Erti dalam dialek Kelantan
|
Bahasa
melayu
|
Erti dalam bahsa melayu
|
Sauk
|
Pakai
|
Sauk
|
Jaring
|
Demo
|
Mereka
|
Demo
|
Contoh
|
Panda-panda
|
Pandai-pandai
|
Panda
|
Binatang
|
Baya
|
Bayar
|
Baya
|
Usia
|
Taun
|
Tahun
|
Taun
|
Penyakit
|
Saing-saing
|
Kawan-kawan
|
Saing-saing
|
Bandingan
|
Ngaji
|
Belajar
|
Ngaji
|
Membaca Al-Quran
|
Jadual 2 : Perbandingan Sebutan
Yang Sama Tetapi Membawa Maksud Yang Lain
Berdasarkan
jadual di atas terdapat perbandingan sebutan yang sama tetapi membawa maksud
yang lain dapat dilihat antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu standard.
Perbandingan sebutan yang sama tetapi membawa maksud yang lain dapat dilihat
sebagai contohnya ‘baya’ yang membawa maksud bayar dalam dialek Kelantan
manakala bahasa Melayu standard pula membawa maksud usia atau umur.
Orang
yang berasal dari negeri lain selain Kelantan tidak akan memahami
perkataan-perkataan tersebut. Mereka akan bertanya atau membuat memek muka yang
menandakan mereka tidak memahami maksud perkataan tersebut.
7.3 Pengguguran Konsonan Dalam Lagu Dialek Kelantan
Dialek Kelantan
|
Bahasa Melayu Standard
|
Menatu
|
Menantu (n)
|
Muluk
|
Mulut (t)
|
Ore
|
Orang (n,g)
|
Semakuk
|
Semangkuk (n,g)
|
Sekor
|
Seekor (e)
|
Hute
|
Hutan (n)
|
Taun
|
Tahun (h)
|
Habih
|
Habis (s)
|
Bule
|
Bulan (n)
|
Ike
|
Ikan (n)
|
Selua
|
Seluar (r)
|
Jadual 3:
Pengguguran Konsonan Dalam Dialek Kelantan
Jadual
3 menunjukkan dialek Kelantan yang banyak menggunakan huruf vokal dalam
perkataan yang diucapkan. Seterusnya, banyak menggugurkan huruf konsonan yang
terdapat dalam perkataan tersebut. Huruf vokal yang terdapat dalam rajah 3
ialah huruf vokal depan luas [a], vokal depan separuh sempit [e] dan huruf
belakang separuh luas [o].
Penutur
dialek Kelantan menyebut kawan sebagai saing, ike sebagai ikan, selua sebagai
seluar dan taun sebagai tahun. Boleh dikatakan penutur dialek Kelantan banyak
menggunakan huruf vokal dalam sebutan mereka sama ada di tengah perkataan,
permulaan atau akhir perkataan.