Ketika di darjah dua, aku telah membuat keputusan untuk tinggal bersama-sama dengan ibu ku di sebuah pekan yang dikenali dengan kuala nerang. Aku tidak begitu selesa untuk tinggal bersama-sama dengan ibu tiri aku. Walaubagaimana, aku cuba untuk memanggil mak tetapi tidak sama dengan ibu kandung aku. Ayah aku banyak kali menyuruh aku untuk memanggil mak tiri aku dengan gelaran mak , umi tetapi setiap kali sebutan yang aku sebut tetap mak cik. Aku pun tidak tahu mengapa hati aku ini susah untuk memanggil dengan panggilan. Mungkin hati aku pada waktu itu mungkin susah menerima hakikat yang aku kini mempunyai mak tiri. Ayah aku telah berbincang dengan ibu aku pada waktu itu untuk memindah aku ke sekolah kebangsaan kuala nerang. Setelah selesai urusan pertukaran tersebut aku kini bersekolah di sekolah kebangsaan kuala nerang. Di sekolah tersebut banyak yang berlaku pada diri ku samada suka mahupun duka.
Kini, aku telah tinggal bersama-sama ibuku. Aku merasa gembira sangat kerana aku dapat meluahkan rasa kasih sayang pada ibuku bukannya mak cik. Waku itu, aku merasakan seolah-olah ayahku tidak sayang pada aku lagi. Setelah tamat cuti persekolahan , waktu yang ditunggu telah tiba untuk ke sekolah. Setelah selesai urusan pengurusan di sekolah , aku dimasukkan ke kelas 2 apa tak ingat lah. Aku berkenalan dengan ramai rakan di sekolah tersebut. Macam seperti kanak-kanak lain, aku belajar untuk mencapai apa cita-cita yang aku kejar selama ini. Setelah tamat waktu persekolahan, aku terus menuju pulang ke kedai mak aku. Terlupa aku beritahu yang mak aku ini membuka sebuah kedai gunting rambut yang terletak berhampiran dekat dengan sekolah dan pekan kuala nerang.
Selain itu, aku diberitahu oleh mak supaya setelah tamat sesi pagi besok aku harus pergi ke sekolah semula untuk belajar fardhu ain. Aku masih mentah lagi pada ketika itu dalam hal agama dan mengikuti sahaja kehendak ibuku. Setelah bersembang dengan ibu sebentar tadi aku terus menuju ke dapur untuk makan tengahari yang dimasak oleh ibuku. Selepas itu, aku disuruh oleh mak supaya sembahyang kerana sudah masuk waktu. Aku masih tidak tahu bagaimana untuk solat pada waktu itu. “Mak cakap dekat sekolah apit tak belajar solat lagi ka” tanya ibuku? Aku masih menggelengkan kepala sebagai tanda tidak tahu. Mak cakap besok lepas habis sekolah pergi sesi petang pulak iaitu kelas fardhu ain. Dekat sana apit akan belajar bagaimana untuk solat, doa dan lain-lain. Seperti biasa, keesokkannya selepas aku tamat waktu persekolahan aku terus pulang ke kedai mak. Tepat jam 2.00 petang, mak aku menyuruh aku ke sekolah semula dengan pakaian sekolah bagi mengikuti kelas fardhu ain.
Aku
terus melangkah pergi ke sekolah walaupun masih terpingga-pingga lagi apa itu
kelas fardhu ain. Setelah sampai di sekolah, aku nampak ramai rakan-rakan seusiaku
memakai pakaian baju melayu berwarna biru dan berseluar hitam dan kasut
sekolah. Aku masih tidak tahu ke mana harus aku pergi atau aku pulang sahaja.
Tiba-tiba seorang wanita yang lebih berusia daripada aku menegur aku “ pelajar
baru masuk ka” dan aku hanya mengangguk sahaja. Rupanya baru aku tahu dia ialah
ustazah yang bakal mengajar aku nanti selepas aku terdengar seseorang memberi
salam ustazah. Pada mulanya, semua pelajar dikehendaki untuk berhimpun dan
beratur terlebih dahulu sebelum memasuki ke kelas. Semasa berada dalam
perhimpunan itu baru aku sedar yang rupanya semua pelajar fardhu ain ialah
pelajar sekolah ini juga. Aku mula merasa gembira setelah mendapat tahu semua
rakan-rakan ku mengikuti kelas ini juga.
Di kelas fardhu
ain, banyak perkara aku telah pelajari daripada aku tidak tahu apa-apa sebelum
ini. Ustazah aku telah mengajar aku ilmu agama tauhid , fikah , hadis , tulisan
jawi dan kisah-kisah nabi. Pada mulanya aku merasa kekok untuk menulis tulisan
jawi kerana tulisan jawi bermula dari kiri berbanding dengan tulisan biasanya
di sebelah kanan. Banyak latihan yang diberikan oleh guruku sehingga aku
merasakan terbeban dan mula bersikap malas. Ustazahku tidak pernah berputus
untuk mengajar aku bagaimana untuk menulis tulisan. Aku hanya akur sahaja apa
yang diarahkan oleh guruku kerana aku masih belum mahir lagi menulis tulisan
jawi. Dalam beberapa minggu sahaja aku kini telah mahir untuk menulis dan
membaca tulisan jawi. Pejam celik sahaja telah masuk cuti hujung tahun dan aku
mengajak melancong bersama-samanya sekeluarga. Namun, ibuku tidak ikut kerana
mereka bukanlah suami isteri lagi. Banyak negeri dan tempat telah kami pergi di
dalam Malaysia ini seperti Melaka, Pulau Langkawi dan lain-lain negeri.
Rupa-rupanya
itu hanya rancangan ayahku sahaja kerana
mahu mengadakan majlis khatan bersama dengan paksu yang muda setahun daripada
aku. Setelah pulang daripada bercuti ayah aku memberitahu bahawa hujung tahun
ini apit sunat. Aku masih tidak tahu apa itu lagi maksud khatan atau lebih
dikenali sunat. Aku bertanya kepada ayahku apa itu sunat? Ayahku menjawab sunat
ialah memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentiti) mahupun lelaki (kulup).
Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit
kerana zakar dan ffarajmerupakan tempat dimana pembiakan
kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Syafie, Imam Malik dan lain-lain berkhatan atau
bersunat ini merupakan wajub bagi seseorang yang bergelar Muslim.
Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak
hampir cukup umur atau akil baligh. Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis
adalah terpuji dan bukannya wajib.
Pada mulanya aku masih ragu akan
apa itu maksud sunat tetapi setelah diterangkan oleh ayahku dan aku hanya
menuruti sahaja. Abang-abangku sering mengusik diri aku tentang sunat. Mereka
mengatakan bahawa alatan yang digunakan seperti gergaji , pisau potong daging ,
dan macam-macam lagi bagi menakutkan diri aku. Aku mula merasa takut untuk
bersunat dan memberitahu ayah tentang
perkara yang diberitahu oleh abangku tadi. Ayah mula menasihat aku bahawa tiada
apa yang perlu ditakutkan kerana bila bersunat rasa sakit seperti semut gigit
sahaja. Hari yang telah aku tunggu selama ini telah tiba iaitu hari aku
bersunat. Aku tidak bersunat di klinik tetapi dengan tok mudin. Aku mula merasa
cemas apabila ramai sangat kanak-kanak seusia aku ingin bersunat. Ada yang
merasa cemas, takut , menangis da nada yang tidak mahu bersunat kerana takut.
Bersambung……