Saturday 28 May 2016

sambungan 3

Ketika aku darjah tiga , aku mula perlahan-perlahan mengenali dunia kanak-kanak seusiaku. Aku mula merasa kekosongan didalam diriku tanpa insan bergelar seorang insan bernama ‘ayah’. Namun, ayahku tidak pernah mengabaikan nafkah yang perlu diberikan kepada kami adik-beradik. Setiap dua minggu sekali, ayahku sering melawat aku di kedai mak di kuala nerang. Aku merasa seronok setiap kali berjumpa dengan ayah. Namun, detik paling yang aku sedih sekali ‘ayah nak balik dah, nanti ayah mai lagi ya mat pit’. Serius, aku sedih gila waktu itu. Aku menangis tak mahu ayah ku meninggalkan aku. Bagi aku ayah lah segalanya kawan,tempat bermain, bercerita dan apa sahaja yang aku nak buat mesti bersama ayah.
Aku cuba menerima hakikat yang ibuku sudah tidak lagi bersama ayah. Lalu, aku cuba menceriakan hati ini demi insan yang aku sayang. Aku tak pernah anggap semua ini sebagai tembok batu penghalang bagi kami sekeluarga. Aku tahu mungkin ibuku dan ayahku tidak mungkin akan bersama lagi kerana masing-masing faham apa yang mereka rasakan. Lebih baik berpisah secara elok daripada asyik bergaduh dan terus bergaduh. Mungkin bagi seseorang insan tidak akan boleh menerima akan apa terjadi kepada ibubapa mereka sekiranya kedua mereka berpisah. Tapi, demi kebaikan tolong lah percaya ini semua sudah tertulis buat kita semua.
Aku? Hehe..biasalah dengan perangai budak-budak tidak akan pernah rasa sedih sangat ketika itu. Cuma, terkilan setiap kali raya orang lain membeli baju raya bersama-sama keluarga. Tetapi, aku terpaksa bersama dengan orang luar iaitu mak cik aku untuk membeli baju raya. Aku cuma terkilan apabila tibanya bulan puasa. Setiap kali aku berbuka puasa hanya dengan mak sahaja tapi adalah jugak bersama ayah. Itupun aku terpaksa cuba memaksa mak untuk meghantar aku ke rumah ayahku. Bagiku itu tiada masalah sangat maklum lah budak-budak lagi. Aku semakin hari semakin nakal dengan hidup aku. Hanya setiap hari melepak di cyber café sahaja. Dari situ lah aku mula kenal dengan ramai kawan-kawan tidak kira pelbagai lapisan umur. Kenapa aku sering ke cc? sebab disitu lah aku dapat keseronokan bersama dengan kawan. Mak hanya sibuk mencari rezeki buat kami anak beranak dan tidak menghirau aku sangat. Bukan cakap tak peduli tetapi ini hakikat.haha..tak ada lah mana ada sempat nak tengok kan aku, dengan nak gunting rambut lagi. Pasal masak? Jangan Tanya lah, aku asyik makan kat kedai depan kedai mak aku jalah. Asyik-asyik tulis dan masuk buku 555.
Jangan marah sesiapa yang membaca kisah aku nie..kisah ini tak akan pernah habis selagi belum sampai aku memasuki tingkatan 6. Itulah yang membuatkan hidup aku berubah sama sekali. Aku cerita sipnopsis sikit yaa. Waktu itu, aku tiada sesiapa kecuali keluarga ,kawan-kawan di tingkatan 6, dan guru sahaja. Siapa yang mahu tolong kita yang sudah tersungkur nie. Masih ada yang sayang? Mustahil..tetapi mereka semua telah mengubah persepsi diri aku dari seorang pemalas sehingga lah ke hari ini. Dah lah tu cukup, tak surprise lah sesiapa yang dah aku cerita. Nak tahu? Tunggu okey..


Bersambung…..