Wednesday 24 December 2014

Sejarah bagi permulaan bagi segala-galanya..

Sejarah bagi permulaan bagi segala-galanya..

Kadang-kadang apa yang kita harapkan susah untuk dicapai kerana kalau kita mengikut kata hati hanya akan membinasakan diri sendiri kita sahaja.oleh itu banyak yang perlu kita pelajari dan belajar untuk mensyukuri apa yang telah kita nikmati selama ini. Kita susah untuk mengenal apa yang sebenarnya kita mahu cari tetapi Dia telah aturkan kepada kita dengan sebaik mungkin. Kita hanya perlu mengikut arus yang telah diaturkan oleh-Nya. Memang pelik bagi sesetengah orang kerana kita bagaikan seperti layang-layang yang putus talinya kalau kita tersilap langkah. Apapun hanya iman dan taqwa sahaja yang mampu menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat sana. Banyak lagi kisah dan pengalaman yang telah aku tempuhi selepas menamatkan pelajaran dari aku tadika sehingga ke tingkatan enam.

Ketika di tadika, aku diajar untuk bagaimana mengenal huruf dan abjad oleh guruku. Aku masih tidak mengetahui masalah atau kebahagiaan yang telah aku perolehi sewaktu itu. Namun segalanya berubah setelah aku menerima tamparan yang hebat ketika aku bersekolah rendah di sebuah pekan kecil yang lebih dikenali Pekan langgar. Aku masih dalam kebinggungan ketika itu kerana mengapa aku harus berpindah bersama ayah dan abang-abang aku. Mengapa ibu aku tidak ikut berpindah bersama-sama? Satu pertanyaan di dalam dadaku waktu itu. Aku bertanya kepada ayahku ketika itu, “awat mak tak ikut kita pindah sekali ayah” dan ayah berkata kepada diri aku, mak dan ayah dah tak bersama dah. Kami berdua dah bercerai dan aku mencelah ketika itu bertanya kepada ayahku apa itu bercerai? Ayahku berkata maksud bercerai ialah ayah dan emak sudah tidak boleh duduk dibawah satu bumbung lagi kerana bukan lagi suami isteri yang sah.

Aku serta abangku begitu sedih ketika itu kerana kami tidak lagi bahagia didalam sesebuah keluarga. Dalam kesedihan yang telah kami hadapi waktu itu, kami adik-beradik menerima lagi sebuah tamparan yang hebat iaitu ayah aku sudah berkawin dengan seorang wanita Thailand. Kami adik beradik telah berpindah mengikut ayah kami di sebuah taman perumahan di pekan langgar. Waktu itu , semua hak penjagaan anak-anak telah berpihak kepada ayah kerana beliau mampu menyara dan memberi nafkah anak-anak kepada kami dan ibu. Aku dan abang-abang telah ditukarkan ke sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal kami iaitu Sekolah Kebangsaan Langgar.

Ketika di darjah satu,  aku telah diajar untuk ke sekolah bersama-sama rakan dengan menaiki van sekolah yang telah disediakan oleh sekolah. Setiap hari aku akan menaiki van ke sekolah tepat pada pukul 6.45 pagi. Aku begitu  bersemangat untuk ke sekolah pada hari pertama sehinggakan aku bangun begitu awal ketika itu. Setelah menaiki van dan sampai ke sekolah aku memulakan langkah yang pertama iatu mencari kelas yang mana aku duduki. Setelah tercari-cari sekian lama baru aku menjumpai kelas aku. Tidak silap nama kelas yang aku duduki waktu itu 1 Teratai. Aku merupakan orang yang paling lambat sekali masuk ke kelas tersebut. Ketika aku ingin masuk ke kelas secara senyap-senyap , cikgu kelas ternampak dan menjemput aku masuk serta memperkenalkan diri. Oleh kerana aku orang yang terakhir masuk ke kelas aku telah disoal oleh cikgu.


 Ketika kaki aku melangkah ke dalam ke kelas itu, aku ternampak begitu ramai orang di dalam kelas tersebut. Aku mula merasa cemas dan takut waktu itu. Aku memberanikan diri aku dan cuba memasuki kelas tersebut. Cikgu memanggil aku dan menyuruh aku memperkenalkan diri iaitu nama penuh , umur, tempat tinggal dan cita-cita. Sebelum itu , terlupa nak beritahu nama ceq Apit, hehe. Sambung semula kisah tadi, aku memberanikan diri dan berdiri dihadapan kawan-kawan. Aku menyebut satu persatu apa yang telah cikgu kelas aku suruh. Dengan nada beraninya aku menyebut nama saya Muhamad Hafiz Bin Hitmi , umur saya 7 tahun , saya duk kat Taman Suri dan cita-cita nak jadi polis. Tiba-tiba cikgu bertanya kepada aku awat nak jadi polis? “dalam loghat kedah”. Ermm..saya nak tangkap penjahat cikgu! Banyak sangat orang jahat dalam negara nie. Cikgu ketawa dan melayankan saja kerenah budak kecil seperti aku. Dalam fikiran aku mahu saja tanya kepada cikgu kenapa cikgu jadi cikgu? Best sangat ka jadi cikgu? Aku hanya memedamkan saja apa yang aku fikirkan sebentar tadi. Setelah selesai sesi memperkenalkan diri , cikgu itu mula menceritakan kenapa beliau memilih cita-cita menjadi cikgu.

Bukan senang sebenarnya untuk menjadi seorang guru kerana mereka ini seperti orang tua kita selepas ibubapa kita menghantar kita ke sekolah. Aku terpinga-pinga waktu itu dan menantikan kata-kata yang disebut oleh cikgu itu. Cikgu itu berkata memang tugas seorang guru mengajar dan mendidik pelajar supaya menjadi orang yang pandai serta bijaksana tetapi ada lagi tanggungjawab lagi buat seorang guru. Tugas seorang guru bukan mudah sebenarnya kerana dengan tunjuk ajar guru mampu menjadikan seorang guru melahirkan insan yang berguna seperti arkitek , hakim , perdana menteri , ulama , polis, malah jika tersilap mendidik akan menjadi penjahat. Dengan tunjuk ajar dan didikan yang diberikan kepada pelajar mampu menjadikan setiap pelajar berguna kepada bangsa , agama , negara. Perasaanku pada waktu itu sungguh begitu bersemangat setelah mendengar apa yang telah dipertuturkan oleh guru itu tadi.

Banyak perkara yang telah aku pelajari ketika berada di dalam kelas itu sepanjang hari. Setelah tiba jam 1.00 tengahari , aku mula bergegas untuk pulang dan mencari van yang aku naiki pagi tadi. Tiba-tiba aku telah disapa oleh seorang budak lelaki “hang duk Taman Suri jugak ka” aku hairan waktu itu dan mengangguk sahaja. Dia mula memperkenalkan diri dia , nama budak lelaki tadi ialah Muhd Azuan Bin Azizi dan dia kata panggil aku wan ja. Dia berkata dia pun tinggal kat Taman itu juga. Baru aku tahu , rupa-rupanya aku berjiran dengannya. Rumah wan terletak di belakang rumah aku sahaja. Dekat jelah kata dalam diriku. Aku menghulurkan tangan aku sebagai tanda persahabatan kami. Sejak hari itu , kami sering bersama tidak kira ke sekolah , bermain , tidur dan berjalan-jalan ke sana sini.

Bersambung……

Monday 8 December 2014

Perbandingan Dialek Melayu Kelantan Dengan Bahasa Melayu Standard Dalam Lirik Lagu

Tajuk : Perbandingan Dialek Melayu Kelantan Dengan Bahasa Melayu Standard Dalam Lirik Lagu.
1.0                        PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang dialek dalam bahasa Melayu standard dan bahasa Melayu Kelantan serta definisi konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian ini.

1.1                        Latar Belakang

Dialek Kelantan merupakan bahasa Melayu lisan yang digunakan oleh masyarakat negeri Kelantan. Dialek ini bukan sahaja dipertuturkan oleh orang Melayu Kelantan tetapi juga oleh masyarakat Cina kampung, masyarakat India dan orang Siam kelahiran Kelantan. Tidak ada catatan sejarah yang menunjukkan dialek ini bermula tetapi pastinya dialek ini merupakan pecahan kepada bahasa Melayu yang mula dituturkan sejak 1,000 tahun yang lampau. Oleh sebab itu, terdapat persamaan sebutan dan maksud bagi orang Melayu bukan sahaja di luar Kelantan tetapi juga di luar Malaysia. Dalam dialek Kelantan ada perkataan walaupun bunyi kasar tetapi boleh menjadikan tanda mesra atau boleh juga menjadi suatu herdikkan jika ditutur dalam keadaan marah. Keunikkan dialek Kelantan sangat terserlah dari segi penggunaan vokal dan konsonannya yang sangat berbeza dengan bahasa Melayu standard.

Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan daripada dialek-dialek di Semenanjung. Dialek Kelantan juga merupakan sebutan variasi bahasa yang unik terutamanya dari segi sebutan, kosa kata, dan makna. Selain itu, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Dialek Kelantan merupakan salah satu daripada beberapa dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari dari negeri Kelantan.

Dialek Kelantan mempunyai sifat-sifat yang berbeza dengan beberapa dialek Melayu yang lain, sehingga ada yang beranggapan bahawa dialek Kelantan sebagai suatu dialek yang luar biasa dan sukar untuk difahami oleh penutur yang menggunakan dialek yang lain. Hal ini sedemikian kerana terdapat banyak perkataan atau unsur leksikal dalam dialek Kelantan yang sama sekali tidak wujud dalam bahasa Melayu baku. Antaranya ialah kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata, kata-kata yang sama tetapi berbeza erti antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu standard.

1.2                        Definisi Konsep

Azhat Mustapha merupakan Sarjana bahasa Melayu dan beliau telah menganalisis Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau telah membicarakan dialek Kelantan yang merupakan sebuah komuniti dan memperlihatkan tahap asimilasi yang tinggi terhadap bahasa dan budaya masyarakat Melayu Kelantan.

Menurut Nik Safiah Hj. Abdul Karim (1961), dialek Kelantan telah mengambil banyak kata daripada bahasa Melayu standard dan disesuaikan dengan pengucapan dialek tersebut. Hal ini berlaku hasil daripada perkembangan pelajaran secara formal seperti di sekolah-sekolah, dan pusat-pusat pengajian. Terdapat alat-alat sebaran am seperti radio, televisyen, buku-buku, majalah, dan akhbar juga tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi dan menambahkan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu.

Kesedaran tentang wujudnya bunyi vokal nasal dalam dialek Kelantan ini pernah disebut oleh Nik Safiah Karim (1955), Hashim Musa (1974), Ajid Che Kob (1977), Abdullah Al-Qari Haji Salleh (1981) dalam kamus pertuturan loghat Kelantan turut memasukkan lebih daripada 1,000 kata dialek Kelantan di dalam kamus tersebut.

Menurut A. Pei dan Frank Gayner dalam bukunya “A Dictionary of Linguistic London” dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat. Ia mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang “standard” dari segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata tertentu.

Kesimpulannya, bahasa Melayu Kelantan bukan sahaja dituturkan oleh penutur jati masyarakat Melayu khasnya malah turut dikuasai dengan baik oleh bangsa Cina, India dan Siam.
 Spacing redo

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
a)    mengenal pasti dan menyenaraikan fonem vokal a, e, i, o, u dalam dialek Melayu Kelantan dan bahasa Melayu standard dalam lirik lagu
b)   membandingkan perkataan yang mempunyai sebutan yang sama tapi membawa maksud yang berlainan dalam bahasa Melayu Kelantan dan bahasa Melayu standard
c)    menghuraikan pengguguran konsonan dalam lagu dialek Melayu Kelantan


3.0            KEPENTINGAN KAJIAN
     Hasil kajian ini penting untuk:
(a)  memperlihatkan kelainan sebutan vokal dan konsonan antara dialek Melayu Kelantan dengan sebutan bahasa Melayu standard
(b)  untuk menambah bahan kajian
(c)  dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya untuk membolehkan pelajar memahami sekiranya mendengar pertuturan dalam dialek Melayu Kelantan yang berbeza dengan bahasa Melayu standard


4.0            SKOP KAJIAN
     Kajian ini berfokus kepada penyebutan vokal dan konsonan bahasa Melayu standard mengikut sebutan dialek Melayu Kelantan. Sebutan kesemua vokal dan konsonan, seperti vokal depan, vokal tengah, dan vokal belakang akan dikaji. Selain itu, sengauan, dan pengguguran juga akan dikaji dalam kajian ini.


5.0            BATASAN KAJIAN
     Kajian ini tertumpu kepada penggunaan dialek Melayu Kelantan dalam lima buah lagu iaitu Anak Itik, Dikir Rambong, Wau Bulan, Bangkit Asal, dan Budu. Oleh itu, penggunaan dialek Melayu Kelantan dalam lirik-lirik lagu tersebut mempunyai perbezaan yang paling ketara terutama dari aspek sebutan bunyi vokal dan konsonan serta perbezaan makna perkataan atau istilah dengan bahasa Melayu standard.


6.0 KAEDAH KAJIAN
      Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data sebagai bahan kajian, kaedah pemprosesan/penganalisisan data dan cara persembahan dapatan kajian.

     6.1 Mendapatkan Data
           Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah kepustakaan iaitu penyelidik mendapatkan data daripada perpustakaan dan bahan kajian iaitu lirik lagu dialek Melayu Kelantan. Penyelidik dikehendaki mengenal pasti dan menyenaraikan fonem vokal dan konsonan dalam dialek Melayu Kelantan daripada bahan kajian. Penyelidik juga akan membuat perbandingan perkataan yang mempunyai sebutan sama yang membawa maksud berlainan dalam bahasa Melayu standard. Penyelidik menghuraikan pengguguran konsonan dalam perkataan dialek Melayu Kelantan yang terdapat dalam lirik lagu yang dikaji.

     6.2 Mengumpulkan Data
           Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik mengenal pasti dan menyenaraikan perkataan dalam dialek Melayu Kelantan yang mempunyai fonem vokal dan konsonan.



6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data
          Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan kepada sebutan semua vokal dalam dialek Melayu Kelantan iaitu vokal [i], [e], [a], [ǝ], dan [o] dan konsonan. Semua maklumat yang dicari akan dikumpulkan melalui kaedah pustaka untuk menerangkan definisi dialek. Hal ini akan menerangkan secara terperinci tentang kajian yang dipilih.

7.0  DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian.
            7.1

7.1.1    Pengumpulan Perkataan Dialek Kelantan
Ado
Sekor
Anok
Tupa
Jula
Mokte
Peghrok
Caghri
Make
Tuhe
Namo
Dale
Hute
Dehe
Diolah
Panda
Jatoh
Jare
Sobar
Tanoh
Jugok
Oghre
Jahak
Ghritu
Pakak
Hambak
Bimbe
Nyor
Deghrian
Keghrit
Taun
Haghri
Likung
Tokleh
Habih
Sayo
Ghraso
Kito
Ghrugi
Manusio
Mano
Ngaji
Loni
Banda
Buleh
Bapok
Jale
Bawok
Anok
Ghraso
Kerano
Telajok
Habih
Lughruh
Mato
Ghracun
Tebaka
Jadual 1: Pengumpulan dialek Kelantan

Jadual 1 menunjukkan kumpulan  dialek Kelantan  yang  terdapat dalam  kajian kami. Berdasarkan jadual di atas, terdapat banyak unsur-unsur yang boleh didapati seperti pengguguran huruf konsonan, perbandingan dialek Kelantan dengan bahasa Melayu dan perbezaan makna antara dialek Kelantan dan bahasa melayu.

Dalam kajian ini juga kami telah mengumpulkan sebutan bunyi vokal dan bunyi konsonan yang dituturkan oleh penyanyi-penyanyi Kelantan dalam lagu anak tupai, dikir barat dan wau bulan (wau bule). Selain itu, dalam lirik lagu  juga telah diubah dari perkataan dialek Melayu standard  kepada perkataan dialek Kelantan dengan ‘pekat’sekali.

         7.2       Perbandingan Sebutan Yang Sama dalam Dialek Kelantan Tetapi Membawa Maksud Yang Lain dalam Bahasa Melayu Standard.
         Dialek Kelantan
Erti dalam dialek Kelantan
        Bahasa melayu
Erti dalam bahsa melayu
Sauk
Pakai
Sauk
Jaring
Demo
Mereka
Demo
Contoh
Panda-panda
Pandai-pandai
Panda
Binatang
Baya
Bayar
Baya
Usia
Taun
Tahun
Taun
Penyakit
Saing-saing
Kawan-kawan
Saing-saing
Bandingan
Ngaji
Belajar
Ngaji
Membaca Al-Quran
             Jadual 2 : Perbandingan Sebutan Yang Sama Tetapi Membawa Maksud Yang Lain

Berdasarkan jadual di atas terdapat perbandingan sebutan yang sama tetapi membawa maksud yang lain dapat dilihat antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu standard. Perbandingan sebutan yang sama tetapi membawa maksud yang lain dapat dilihat sebagai contohnya ‘baya’ yang membawa maksud bayar dalam dialek Kelantan manakala bahasa Melayu standard pula membawa maksud usia atau umur.
Orang yang berasal dari negeri lain selain Kelantan tidak akan memahami perkataan-perkataan tersebut. Mereka akan bertanya atau membuat memek muka yang menandakan mereka tidak memahami maksud perkataan tersebut.

7.3       Pengguguran Konsonan Dalam Lagu Dialek Kelantan
                      Dialek Kelantan
               Bahasa Melayu Standard
Menatu
Menantu (n)
Muluk
Mulut (t)
Ore
Orang (n,g)
Semakuk
Semangkuk (n,g)
Sekor
Seekor (e)
Hute
Hutan (n)
Taun
Tahun (h)
Habih
Habis (s)
Bule
Bulan (n)
Ike
Ikan (n)
Selua
Seluar (r)
                              Jadual 3: Pengguguran Konsonan Dalam Dialek Kelantan

Jadual 3 menunjukkan dialek Kelantan yang banyak menggunakan huruf vokal dalam perkataan yang diucapkan. Seterusnya, banyak menggugurkan huruf konsonan yang terdapat dalam perkataan tersebut. Huruf vokal yang terdapat dalam rajah 3 ialah huruf vokal depan luas [a], vokal depan separuh sempit [e] dan huruf belakang separuh luas [o].
Penutur dialek Kelantan menyebut kawan sebagai saing, ike sebagai ikan, selua sebagai seluar dan taun sebagai tahun. Boleh dikatakan penutur dialek Kelantan banyak menggunakan huruf vokal dalam sebutan mereka sama ada di tengah perkataan, permulaan atau akhir perkataan.