Saturday 28 May 2016

sambungan 3

Ketika aku darjah tiga , aku mula perlahan-perlahan mengenali dunia kanak-kanak seusiaku. Aku mula merasa kekosongan didalam diriku tanpa insan bergelar seorang insan bernama ‘ayah’. Namun, ayahku tidak pernah mengabaikan nafkah yang perlu diberikan kepada kami adik-beradik. Setiap dua minggu sekali, ayahku sering melawat aku di kedai mak di kuala nerang. Aku merasa seronok setiap kali berjumpa dengan ayah. Namun, detik paling yang aku sedih sekali ‘ayah nak balik dah, nanti ayah mai lagi ya mat pit’. Serius, aku sedih gila waktu itu. Aku menangis tak mahu ayah ku meninggalkan aku. Bagi aku ayah lah segalanya kawan,tempat bermain, bercerita dan apa sahaja yang aku nak buat mesti bersama ayah.
Aku cuba menerima hakikat yang ibuku sudah tidak lagi bersama ayah. Lalu, aku cuba menceriakan hati ini demi insan yang aku sayang. Aku tak pernah anggap semua ini sebagai tembok batu penghalang bagi kami sekeluarga. Aku tahu mungkin ibuku dan ayahku tidak mungkin akan bersama lagi kerana masing-masing faham apa yang mereka rasakan. Lebih baik berpisah secara elok daripada asyik bergaduh dan terus bergaduh. Mungkin bagi seseorang insan tidak akan boleh menerima akan apa terjadi kepada ibubapa mereka sekiranya kedua mereka berpisah. Tapi, demi kebaikan tolong lah percaya ini semua sudah tertulis buat kita semua.
Aku? Hehe..biasalah dengan perangai budak-budak tidak akan pernah rasa sedih sangat ketika itu. Cuma, terkilan setiap kali raya orang lain membeli baju raya bersama-sama keluarga. Tetapi, aku terpaksa bersama dengan orang luar iaitu mak cik aku untuk membeli baju raya. Aku cuma terkilan apabila tibanya bulan puasa. Setiap kali aku berbuka puasa hanya dengan mak sahaja tapi adalah jugak bersama ayah. Itupun aku terpaksa cuba memaksa mak untuk meghantar aku ke rumah ayahku. Bagiku itu tiada masalah sangat maklum lah budak-budak lagi. Aku semakin hari semakin nakal dengan hidup aku. Hanya setiap hari melepak di cyber café sahaja. Dari situ lah aku mula kenal dengan ramai kawan-kawan tidak kira pelbagai lapisan umur. Kenapa aku sering ke cc? sebab disitu lah aku dapat keseronokan bersama dengan kawan. Mak hanya sibuk mencari rezeki buat kami anak beranak dan tidak menghirau aku sangat. Bukan cakap tak peduli tetapi ini hakikat.haha..tak ada lah mana ada sempat nak tengok kan aku, dengan nak gunting rambut lagi. Pasal masak? Jangan Tanya lah, aku asyik makan kat kedai depan kedai mak aku jalah. Asyik-asyik tulis dan masuk buku 555.
Jangan marah sesiapa yang membaca kisah aku nie..kisah ini tak akan pernah habis selagi belum sampai aku memasuki tingkatan 6. Itulah yang membuatkan hidup aku berubah sama sekali. Aku cerita sipnopsis sikit yaa. Waktu itu, aku tiada sesiapa kecuali keluarga ,kawan-kawan di tingkatan 6, dan guru sahaja. Siapa yang mahu tolong kita yang sudah tersungkur nie. Masih ada yang sayang? Mustahil..tetapi mereka semua telah mengubah persepsi diri aku dari seorang pemalas sehingga lah ke hari ini. Dah lah tu cukup, tak surprise lah sesiapa yang dah aku cerita. Nak tahu? Tunggu okey..


Bersambung….. 

Tuesday 6 January 2015

sambungan kedua


Ketika di darjah dua, aku telah membuat keputusan untuk tinggal bersama-sama dengan ibu ku di sebuah pekan yang dikenali dengan kuala nerang. Aku tidak begitu selesa untuk tinggal bersama-sama dengan ibu tiri aku. Walaubagaimana, aku cuba untuk memanggil mak tetapi tidak sama dengan ibu kandung aku. Ayah aku banyak kali menyuruh aku untuk memanggil mak tiri aku dengan gelaran mak , umi tetapi setiap kali sebutan yang aku sebut tetap mak cik. Aku pun tidak tahu mengapa hati aku ini susah untuk memanggil dengan panggilan. Mungkin hati aku pada waktu itu mungkin susah menerima hakikat yang aku kini mempunyai mak tiri. Ayah aku telah berbincang dengan ibu aku pada waktu itu untuk memindah aku ke sekolah kebangsaan kuala nerang. Setelah selesai urusan pertukaran tersebut aku kini bersekolah di sekolah kebangsaan kuala nerang. Di sekolah tersebut banyak yang berlaku pada diri ku samada suka mahupun duka.
               
Kini, aku telah tinggal bersama-sama ibuku. Aku merasa gembira sangat kerana aku dapat meluahkan rasa kasih sayang pada ibuku bukannya mak cik. Waku itu, aku merasakan seolah-olah ayahku tidak sayang pada aku lagi. Setelah tamat cuti persekolahan , waktu yang ditunggu telah tiba untuk ke sekolah. Setelah selesai urusan pengurusan di sekolah , aku dimasukkan ke kelas 2 apa tak ingat lah. Aku berkenalan dengan ramai rakan di sekolah tersebut. Macam seperti kanak-kanak lain, aku belajar untuk mencapai apa cita-cita yang aku kejar selama ini. Setelah tamat waktu persekolahan, aku terus menuju pulang ke kedai mak aku. Terlupa aku beritahu yang mak aku ini membuka sebuah kedai gunting rambut yang terletak berhampiran dekat dengan sekolah dan pekan kuala nerang.
             
  Selain itu, aku diberitahu oleh mak supaya setelah tamat sesi pagi besok aku harus pergi ke sekolah semula untuk belajar fardhu ain. Aku masih mentah lagi pada ketika itu dalam hal agama dan mengikuti sahaja kehendak ibuku. Setelah bersembang dengan ibu sebentar tadi aku terus menuju ke dapur untuk makan tengahari yang dimasak oleh ibuku. Selepas itu, aku disuruh oleh mak supaya sembahyang kerana sudah masuk waktu. Aku masih tidak tahu bagaimana untuk solat pada waktu itu. “Mak cakap dekat sekolah apit tak belajar solat lagi ka” tanya ibuku? Aku masih menggelengkan kepala sebagai tanda tidak tahu. Mak cakap besok lepas habis sekolah pergi sesi petang pulak iaitu kelas fardhu ain. Dekat sana apit akan belajar bagaimana untuk solat, doa dan lain-lain. Seperti biasa, keesokkannya selepas aku tamat waktu persekolahan aku terus pulang ke kedai mak. Tepat jam 2.00 petang, mak aku menyuruh aku ke sekolah semula dengan pakaian sekolah bagi mengikuti kelas fardhu ain.
                Aku terus melangkah pergi ke sekolah walaupun masih terpingga-pingga lagi apa itu kelas fardhu ain. Setelah sampai di sekolah, aku nampak ramai rakan-rakan seusiaku memakai pakaian baju melayu berwarna biru dan berseluar hitam dan kasut sekolah. Aku masih tidak tahu ke mana harus aku pergi atau aku pulang sahaja. Tiba-tiba seorang wanita yang lebih berusia daripada aku menegur aku “ pelajar baru masuk ka” dan aku hanya mengangguk sahaja. Rupanya baru aku tahu dia ialah ustazah yang bakal mengajar aku nanti selepas aku terdengar seseorang memberi salam ustazah. Pada mulanya, semua pelajar dikehendaki untuk berhimpun dan beratur terlebih dahulu sebelum memasuki ke kelas. Semasa berada dalam perhimpunan itu baru aku sedar yang rupanya semua pelajar fardhu ain ialah pelajar sekolah ini juga. Aku mula merasa gembira setelah mendapat tahu semua rakan-rakan ku mengikuti  kelas ini juga.
               

Di kelas fardhu ain, banyak perkara aku telah pelajari daripada aku tidak tahu apa-apa sebelum ini. Ustazah aku telah mengajar aku ilmu agama tauhid , fikah , hadis , tulisan jawi dan kisah-kisah nabi. Pada mulanya aku merasa kekok untuk menulis tulisan jawi kerana tulisan jawi bermula dari kiri berbanding dengan tulisan biasanya di sebelah kanan. Banyak latihan yang diberikan oleh guruku sehingga aku merasakan terbeban dan mula bersikap malas. Ustazahku tidak pernah berputus untuk mengajar aku bagaimana untuk menulis tulisan. Aku hanya akur sahaja apa yang diarahkan oleh guruku kerana aku masih belum mahir lagi menulis tulisan jawi. Dalam beberapa minggu sahaja aku kini telah mahir untuk menulis dan membaca tulisan jawi. Pejam celik sahaja telah masuk cuti hujung tahun dan aku mengajak melancong bersama-samanya sekeluarga. Namun, ibuku tidak ikut kerana mereka bukanlah suami isteri lagi. Banyak negeri dan tempat telah kami pergi di dalam Malaysia ini seperti Melaka, Pulau Langkawi dan lain-lain negeri.
Rupa-rupanya itu hanya rancangan ayahku sahaja  kerana mahu mengadakan majlis khatan bersama dengan paksu yang muda setahun daripada aku. Setelah pulang daripada bercuti ayah aku memberitahu bahawa hujung tahun ini apit sunat. Aku masih tidak tahu apa itu lagi maksud khatan atau lebih dikenali sunat. Aku bertanya kepada ayahku apa itu sunat? Ayahku menjawab sunat ialah memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentiti) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan ffarajmerupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Syafie, Imam Malik dan lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajub bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh. Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib.
                Pada mulanya aku masih ragu akan apa itu maksud sunat tetapi setelah diterangkan oleh ayahku dan aku hanya menuruti sahaja. Abang-abangku sering mengusik diri aku tentang sunat. Mereka mengatakan bahawa alatan yang digunakan seperti gergaji , pisau potong daging , dan macam-macam lagi bagi menakutkan diri aku. Aku mula merasa takut untuk bersunat dan memberitahu ayah  tentang perkara yang diberitahu oleh abangku tadi. Ayah mula menasihat aku bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan kerana bila bersunat rasa sakit seperti semut gigit sahaja. Hari yang telah aku tunggu selama ini telah tiba iaitu hari aku bersunat. Aku tidak bersunat di klinik tetapi dengan tok mudin. Aku mula merasa cemas apabila ramai sangat kanak-kanak seusia aku ingin bersunat. Ada yang merasa cemas, takut , menangis da nada yang tidak mahu bersunat kerana takut.
               
Bersambung……


Wednesday 24 December 2014

Sejarah bagi permulaan bagi segala-galanya..

Sejarah bagi permulaan bagi segala-galanya..

Kadang-kadang apa yang kita harapkan susah untuk dicapai kerana kalau kita mengikut kata hati hanya akan membinasakan diri sendiri kita sahaja.oleh itu banyak yang perlu kita pelajari dan belajar untuk mensyukuri apa yang telah kita nikmati selama ini. Kita susah untuk mengenal apa yang sebenarnya kita mahu cari tetapi Dia telah aturkan kepada kita dengan sebaik mungkin. Kita hanya perlu mengikut arus yang telah diaturkan oleh-Nya. Memang pelik bagi sesetengah orang kerana kita bagaikan seperti layang-layang yang putus talinya kalau kita tersilap langkah. Apapun hanya iman dan taqwa sahaja yang mampu menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat sana. Banyak lagi kisah dan pengalaman yang telah aku tempuhi selepas menamatkan pelajaran dari aku tadika sehingga ke tingkatan enam.

Ketika di tadika, aku diajar untuk bagaimana mengenal huruf dan abjad oleh guruku. Aku masih tidak mengetahui masalah atau kebahagiaan yang telah aku perolehi sewaktu itu. Namun segalanya berubah setelah aku menerima tamparan yang hebat ketika aku bersekolah rendah di sebuah pekan kecil yang lebih dikenali Pekan langgar. Aku masih dalam kebinggungan ketika itu kerana mengapa aku harus berpindah bersama ayah dan abang-abang aku. Mengapa ibu aku tidak ikut berpindah bersama-sama? Satu pertanyaan di dalam dadaku waktu itu. Aku bertanya kepada ayahku ketika itu, “awat mak tak ikut kita pindah sekali ayah” dan ayah berkata kepada diri aku, mak dan ayah dah tak bersama dah. Kami berdua dah bercerai dan aku mencelah ketika itu bertanya kepada ayahku apa itu bercerai? Ayahku berkata maksud bercerai ialah ayah dan emak sudah tidak boleh duduk dibawah satu bumbung lagi kerana bukan lagi suami isteri yang sah.

Aku serta abangku begitu sedih ketika itu kerana kami tidak lagi bahagia didalam sesebuah keluarga. Dalam kesedihan yang telah kami hadapi waktu itu, kami adik-beradik menerima lagi sebuah tamparan yang hebat iaitu ayah aku sudah berkawin dengan seorang wanita Thailand. Kami adik beradik telah berpindah mengikut ayah kami di sebuah taman perumahan di pekan langgar. Waktu itu , semua hak penjagaan anak-anak telah berpihak kepada ayah kerana beliau mampu menyara dan memberi nafkah anak-anak kepada kami dan ibu. Aku dan abang-abang telah ditukarkan ke sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal kami iaitu Sekolah Kebangsaan Langgar.

Ketika di darjah satu,  aku telah diajar untuk ke sekolah bersama-sama rakan dengan menaiki van sekolah yang telah disediakan oleh sekolah. Setiap hari aku akan menaiki van ke sekolah tepat pada pukul 6.45 pagi. Aku begitu  bersemangat untuk ke sekolah pada hari pertama sehinggakan aku bangun begitu awal ketika itu. Setelah menaiki van dan sampai ke sekolah aku memulakan langkah yang pertama iatu mencari kelas yang mana aku duduki. Setelah tercari-cari sekian lama baru aku menjumpai kelas aku. Tidak silap nama kelas yang aku duduki waktu itu 1 Teratai. Aku merupakan orang yang paling lambat sekali masuk ke kelas tersebut. Ketika aku ingin masuk ke kelas secara senyap-senyap , cikgu kelas ternampak dan menjemput aku masuk serta memperkenalkan diri. Oleh kerana aku orang yang terakhir masuk ke kelas aku telah disoal oleh cikgu.


 Ketika kaki aku melangkah ke dalam ke kelas itu, aku ternampak begitu ramai orang di dalam kelas tersebut. Aku mula merasa cemas dan takut waktu itu. Aku memberanikan diri aku dan cuba memasuki kelas tersebut. Cikgu memanggil aku dan menyuruh aku memperkenalkan diri iaitu nama penuh , umur, tempat tinggal dan cita-cita. Sebelum itu , terlupa nak beritahu nama ceq Apit, hehe. Sambung semula kisah tadi, aku memberanikan diri dan berdiri dihadapan kawan-kawan. Aku menyebut satu persatu apa yang telah cikgu kelas aku suruh. Dengan nada beraninya aku menyebut nama saya Muhamad Hafiz Bin Hitmi , umur saya 7 tahun , saya duk kat Taman Suri dan cita-cita nak jadi polis. Tiba-tiba cikgu bertanya kepada aku awat nak jadi polis? “dalam loghat kedah”. Ermm..saya nak tangkap penjahat cikgu! Banyak sangat orang jahat dalam negara nie. Cikgu ketawa dan melayankan saja kerenah budak kecil seperti aku. Dalam fikiran aku mahu saja tanya kepada cikgu kenapa cikgu jadi cikgu? Best sangat ka jadi cikgu? Aku hanya memedamkan saja apa yang aku fikirkan sebentar tadi. Setelah selesai sesi memperkenalkan diri , cikgu itu mula menceritakan kenapa beliau memilih cita-cita menjadi cikgu.

Bukan senang sebenarnya untuk menjadi seorang guru kerana mereka ini seperti orang tua kita selepas ibubapa kita menghantar kita ke sekolah. Aku terpinga-pinga waktu itu dan menantikan kata-kata yang disebut oleh cikgu itu. Cikgu itu berkata memang tugas seorang guru mengajar dan mendidik pelajar supaya menjadi orang yang pandai serta bijaksana tetapi ada lagi tanggungjawab lagi buat seorang guru. Tugas seorang guru bukan mudah sebenarnya kerana dengan tunjuk ajar guru mampu menjadikan seorang guru melahirkan insan yang berguna seperti arkitek , hakim , perdana menteri , ulama , polis, malah jika tersilap mendidik akan menjadi penjahat. Dengan tunjuk ajar dan didikan yang diberikan kepada pelajar mampu menjadikan setiap pelajar berguna kepada bangsa , agama , negara. Perasaanku pada waktu itu sungguh begitu bersemangat setelah mendengar apa yang telah dipertuturkan oleh guru itu tadi.

Banyak perkara yang telah aku pelajari ketika berada di dalam kelas itu sepanjang hari. Setelah tiba jam 1.00 tengahari , aku mula bergegas untuk pulang dan mencari van yang aku naiki pagi tadi. Tiba-tiba aku telah disapa oleh seorang budak lelaki “hang duk Taman Suri jugak ka” aku hairan waktu itu dan mengangguk sahaja. Dia mula memperkenalkan diri dia , nama budak lelaki tadi ialah Muhd Azuan Bin Azizi dan dia kata panggil aku wan ja. Dia berkata dia pun tinggal kat Taman itu juga. Baru aku tahu , rupa-rupanya aku berjiran dengannya. Rumah wan terletak di belakang rumah aku sahaja. Dekat jelah kata dalam diriku. Aku menghulurkan tangan aku sebagai tanda persahabatan kami. Sejak hari itu , kami sering bersama tidak kira ke sekolah , bermain , tidur dan berjalan-jalan ke sana sini.

Bersambung……

Monday 8 December 2014

Perbandingan Dialek Melayu Kelantan Dengan Bahasa Melayu Standard Dalam Lirik Lagu

Tajuk : Perbandingan Dialek Melayu Kelantan Dengan Bahasa Melayu Standard Dalam Lirik Lagu.
1.0                        PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang dialek dalam bahasa Melayu standard dan bahasa Melayu Kelantan serta definisi konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian ini.

1.1                        Latar Belakang

Dialek Kelantan merupakan bahasa Melayu lisan yang digunakan oleh masyarakat negeri Kelantan. Dialek ini bukan sahaja dipertuturkan oleh orang Melayu Kelantan tetapi juga oleh masyarakat Cina kampung, masyarakat India dan orang Siam kelahiran Kelantan. Tidak ada catatan sejarah yang menunjukkan dialek ini bermula tetapi pastinya dialek ini merupakan pecahan kepada bahasa Melayu yang mula dituturkan sejak 1,000 tahun yang lampau. Oleh sebab itu, terdapat persamaan sebutan dan maksud bagi orang Melayu bukan sahaja di luar Kelantan tetapi juga di luar Malaysia. Dalam dialek Kelantan ada perkataan walaupun bunyi kasar tetapi boleh menjadikan tanda mesra atau boleh juga menjadi suatu herdikkan jika ditutur dalam keadaan marah. Keunikkan dialek Kelantan sangat terserlah dari segi penggunaan vokal dan konsonannya yang sangat berbeza dengan bahasa Melayu standard.

Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan daripada dialek-dialek di Semenanjung. Dialek Kelantan juga merupakan sebutan variasi bahasa yang unik terutamanya dari segi sebutan, kosa kata, dan makna. Selain itu, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Dialek Kelantan merupakan salah satu daripada beberapa dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari dari negeri Kelantan.

Dialek Kelantan mempunyai sifat-sifat yang berbeza dengan beberapa dialek Melayu yang lain, sehingga ada yang beranggapan bahawa dialek Kelantan sebagai suatu dialek yang luar biasa dan sukar untuk difahami oleh penutur yang menggunakan dialek yang lain. Hal ini sedemikian kerana terdapat banyak perkataan atau unsur leksikal dalam dialek Kelantan yang sama sekali tidak wujud dalam bahasa Melayu baku. Antaranya ialah kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata, kata-kata yang sama tetapi berbeza erti antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu standard.

1.2                        Definisi Konsep

Azhat Mustapha merupakan Sarjana bahasa Melayu dan beliau telah menganalisis Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau telah membicarakan dialek Kelantan yang merupakan sebuah komuniti dan memperlihatkan tahap asimilasi yang tinggi terhadap bahasa dan budaya masyarakat Melayu Kelantan.

Menurut Nik Safiah Hj. Abdul Karim (1961), dialek Kelantan telah mengambil banyak kata daripada bahasa Melayu standard dan disesuaikan dengan pengucapan dialek tersebut. Hal ini berlaku hasil daripada perkembangan pelajaran secara formal seperti di sekolah-sekolah, dan pusat-pusat pengajian. Terdapat alat-alat sebaran am seperti radio, televisyen, buku-buku, majalah, dan akhbar juga tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi dan menambahkan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu.

Kesedaran tentang wujudnya bunyi vokal nasal dalam dialek Kelantan ini pernah disebut oleh Nik Safiah Karim (1955), Hashim Musa (1974), Ajid Che Kob (1977), Abdullah Al-Qari Haji Salleh (1981) dalam kamus pertuturan loghat Kelantan turut memasukkan lebih daripada 1,000 kata dialek Kelantan di dalam kamus tersebut.

Menurut A. Pei dan Frank Gayner dalam bukunya “A Dictionary of Linguistic London” dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat. Ia mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang “standard” dari segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata tertentu.

Kesimpulannya, bahasa Melayu Kelantan bukan sahaja dituturkan oleh penutur jati masyarakat Melayu khasnya malah turut dikuasai dengan baik oleh bangsa Cina, India dan Siam.
 Spacing redo

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
a)    mengenal pasti dan menyenaraikan fonem vokal a, e, i, o, u dalam dialek Melayu Kelantan dan bahasa Melayu standard dalam lirik lagu
b)   membandingkan perkataan yang mempunyai sebutan yang sama tapi membawa maksud yang berlainan dalam bahasa Melayu Kelantan dan bahasa Melayu standard
c)    menghuraikan pengguguran konsonan dalam lagu dialek Melayu Kelantan


3.0            KEPENTINGAN KAJIAN
     Hasil kajian ini penting untuk:
(a)  memperlihatkan kelainan sebutan vokal dan konsonan antara dialek Melayu Kelantan dengan sebutan bahasa Melayu standard
(b)  untuk menambah bahan kajian
(c)  dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya untuk membolehkan pelajar memahami sekiranya mendengar pertuturan dalam dialek Melayu Kelantan yang berbeza dengan bahasa Melayu standard


4.0            SKOP KAJIAN
     Kajian ini berfokus kepada penyebutan vokal dan konsonan bahasa Melayu standard mengikut sebutan dialek Melayu Kelantan. Sebutan kesemua vokal dan konsonan, seperti vokal depan, vokal tengah, dan vokal belakang akan dikaji. Selain itu, sengauan, dan pengguguran juga akan dikaji dalam kajian ini.


5.0            BATASAN KAJIAN
     Kajian ini tertumpu kepada penggunaan dialek Melayu Kelantan dalam lima buah lagu iaitu Anak Itik, Dikir Rambong, Wau Bulan, Bangkit Asal, dan Budu. Oleh itu, penggunaan dialek Melayu Kelantan dalam lirik-lirik lagu tersebut mempunyai perbezaan yang paling ketara terutama dari aspek sebutan bunyi vokal dan konsonan serta perbezaan makna perkataan atau istilah dengan bahasa Melayu standard.


6.0 KAEDAH KAJIAN
      Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data sebagai bahan kajian, kaedah pemprosesan/penganalisisan data dan cara persembahan dapatan kajian.

     6.1 Mendapatkan Data
           Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah kepustakaan iaitu penyelidik mendapatkan data daripada perpustakaan dan bahan kajian iaitu lirik lagu dialek Melayu Kelantan. Penyelidik dikehendaki mengenal pasti dan menyenaraikan fonem vokal dan konsonan dalam dialek Melayu Kelantan daripada bahan kajian. Penyelidik juga akan membuat perbandingan perkataan yang mempunyai sebutan sama yang membawa maksud berlainan dalam bahasa Melayu standard. Penyelidik menghuraikan pengguguran konsonan dalam perkataan dialek Melayu Kelantan yang terdapat dalam lirik lagu yang dikaji.

     6.2 Mengumpulkan Data
           Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik mengenal pasti dan menyenaraikan perkataan dalam dialek Melayu Kelantan yang mempunyai fonem vokal dan konsonan.



6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data
          Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan kepada sebutan semua vokal dalam dialek Melayu Kelantan iaitu vokal [i], [e], [a], [Çť], dan [o] dan konsonan. Semua maklumat yang dicari akan dikumpulkan melalui kaedah pustaka untuk menerangkan definisi dialek. Hal ini akan menerangkan secara terperinci tentang kajian yang dipilih.

7.0  DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian.
            7.1

7.1.1    Pengumpulan Perkataan Dialek Kelantan
Ado
Sekor
Anok
Tupa
Jula
Mokte
Peghrok
Caghri
Make
Tuhe
Namo
Dale
Hute
Dehe
Diolah
Panda
Jatoh
Jare
Sobar
Tanoh
Jugok
Oghre
Jahak
Ghritu
Pakak
Hambak
Bimbe
Nyor
Deghrian
Keghrit
Taun
Haghri
Likung
Tokleh
Habih
Sayo
Ghraso
Kito
Ghrugi
Manusio
Mano
Ngaji
Loni
Banda
Buleh
Bapok
Jale
Bawok
Anok
Ghraso
Kerano
Telajok
Habih
Lughruh
Mato
Ghracun
Tebaka
Jadual 1: Pengumpulan dialek Kelantan

Jadual 1 menunjukkan kumpulan  dialek Kelantan  yang  terdapat dalam  kajian kami. Berdasarkan jadual di atas, terdapat banyak unsur-unsur yang boleh didapati seperti pengguguran huruf konsonan, perbandingan dialek Kelantan dengan bahasa Melayu dan perbezaan makna antara dialek Kelantan dan bahasa melayu.

Dalam kajian ini juga kami telah mengumpulkan sebutan bunyi vokal dan bunyi konsonan yang dituturkan oleh penyanyi-penyanyi Kelantan dalam lagu anak tupai, dikir barat dan wau bulan (wau bule). Selain itu, dalam lirik lagu  juga telah diubah dari perkataan dialek Melayu standard  kepada perkataan dialek Kelantan dengan ‘pekat’sekali.

         7.2       Perbandingan Sebutan Yang Sama dalam Dialek Kelantan Tetapi Membawa Maksud Yang Lain dalam Bahasa Melayu Standard.
         Dialek Kelantan
Erti dalam dialek Kelantan
        Bahasa melayu
Erti dalam bahsa melayu
Sauk
Pakai
Sauk
Jaring
Demo
Mereka
Demo
Contoh
Panda-panda
Pandai-pandai
Panda
Binatang
Baya
Bayar
Baya
Usia
Taun
Tahun
Taun
Penyakit
Saing-saing
Kawan-kawan
Saing-saing
Bandingan
Ngaji
Belajar
Ngaji
Membaca Al-Quran
             Jadual 2 : Perbandingan Sebutan Yang Sama Tetapi Membawa Maksud Yang Lain

Berdasarkan jadual di atas terdapat perbandingan sebutan yang sama tetapi membawa maksud yang lain dapat dilihat antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu standard. Perbandingan sebutan yang sama tetapi membawa maksud yang lain dapat dilihat sebagai contohnya ‘baya’ yang membawa maksud bayar dalam dialek Kelantan manakala bahasa Melayu standard pula membawa maksud usia atau umur.
Orang yang berasal dari negeri lain selain Kelantan tidak akan memahami perkataan-perkataan tersebut. Mereka akan bertanya atau membuat memek muka yang menandakan mereka tidak memahami maksud perkataan tersebut.

7.3       Pengguguran Konsonan Dalam Lagu Dialek Kelantan
                      Dialek Kelantan
               Bahasa Melayu Standard
Menatu
Menantu (n)
Muluk
Mulut (t)
Ore
Orang (n,g)
Semakuk
Semangkuk (n,g)
Sekor
Seekor (e)
Hute
Hutan (n)
Taun
Tahun (h)
Habih
Habis (s)
Bule
Bulan (n)
Ike
Ikan (n)
Selua
Seluar (r)
                              Jadual 3: Pengguguran Konsonan Dalam Dialek Kelantan

Jadual 3 menunjukkan dialek Kelantan yang banyak menggunakan huruf vokal dalam perkataan yang diucapkan. Seterusnya, banyak menggugurkan huruf konsonan yang terdapat dalam perkataan tersebut. Huruf vokal yang terdapat dalam rajah 3 ialah huruf vokal depan luas [a], vokal depan separuh sempit [e] dan huruf belakang separuh luas [o].
Penutur dialek Kelantan menyebut kawan sebagai saing, ike sebagai ikan, selua sebagai seluar dan taun sebagai tahun. Boleh dikatakan penutur dialek Kelantan banyak menggunakan huruf vokal dalam sebutan mereka sama ada di tengah perkataan, permulaan atau akhir perkataan.