Ketika aku
darjah tiga , aku mula perlahan-perlahan mengenali dunia kanak-kanak seusiaku.
Aku mula merasa kekosongan didalam diriku tanpa insan bergelar seorang insan
bernama ‘ayah’. Namun, ayahku tidak pernah mengabaikan nafkah yang perlu
diberikan kepada kami adik-beradik. Setiap dua minggu sekali, ayahku sering
melawat aku di kedai mak di kuala nerang. Aku merasa seronok setiap kali
berjumpa dengan ayah. Namun, detik paling yang aku sedih sekali ‘ayah nak balik
dah, nanti ayah mai lagi ya mat pit’. Serius, aku sedih gila waktu itu. Aku
menangis tak mahu ayah ku meninggalkan aku. Bagi aku ayah lah segalanya
kawan,tempat bermain, bercerita dan apa sahaja yang aku nak buat mesti bersama
ayah.
Aku cuba
menerima hakikat yang ibuku sudah tidak lagi bersama ayah. Lalu, aku cuba
menceriakan hati ini demi insan yang aku sayang. Aku tak pernah anggap semua
ini sebagai tembok batu penghalang bagi kami sekeluarga. Aku tahu mungkin ibuku
dan ayahku tidak mungkin akan bersama lagi kerana masing-masing faham apa yang
mereka rasakan. Lebih baik berpisah secara elok daripada asyik bergaduh dan
terus bergaduh. Mungkin bagi seseorang insan tidak akan boleh menerima akan apa
terjadi kepada ibubapa mereka sekiranya kedua mereka berpisah. Tapi, demi
kebaikan tolong lah percaya ini semua sudah tertulis buat kita semua.
Aku?
Hehe..biasalah dengan perangai budak-budak tidak akan pernah rasa sedih sangat
ketika itu. Cuma, terkilan setiap kali raya orang lain membeli baju raya
bersama-sama keluarga. Tetapi, aku terpaksa bersama dengan orang luar iaitu mak
cik aku untuk membeli baju raya. Aku cuma terkilan apabila tibanya bulan puasa.
Setiap kali aku berbuka puasa hanya dengan mak sahaja tapi adalah jugak bersama
ayah. Itupun aku terpaksa cuba memaksa mak untuk meghantar aku ke rumah ayahku.
Bagiku itu tiada masalah sangat maklum lah budak-budak lagi. Aku semakin hari
semakin nakal dengan hidup aku. Hanya setiap hari melepak di cyber café sahaja.
Dari situ lah aku mula kenal dengan ramai kawan-kawan tidak kira pelbagai
lapisan umur. Kenapa aku sering ke cc? sebab disitu lah aku dapat keseronokan
bersama dengan kawan. Mak hanya sibuk mencari rezeki buat kami anak beranak dan
tidak menghirau aku sangat. Bukan cakap tak peduli tetapi ini hakikat.haha..tak
ada lah mana ada sempat nak tengok kan aku, dengan nak gunting rambut lagi.
Pasal masak? Jangan Tanya lah, aku asyik makan kat kedai depan kedai mak aku
jalah. Asyik-asyik tulis dan masuk buku 555.
Jangan
marah sesiapa yang membaca kisah aku nie..kisah ini tak akan pernah habis selagi
belum sampai aku memasuki tingkatan 6. Itulah yang membuatkan hidup aku berubah
sama sekali. Aku cerita sipnopsis sikit yaa. Waktu itu, aku tiada sesiapa
kecuali keluarga ,kawan-kawan di tingkatan 6, dan guru sahaja. Siapa yang mahu
tolong kita yang sudah tersungkur nie. Masih ada yang sayang? Mustahil..tetapi
mereka semua telah mengubah persepsi diri aku dari seorang pemalas sehingga lah
ke hari ini. Dah lah tu cukup, tak surprise lah sesiapa yang dah aku cerita.
Nak tahu? Tunggu okey..
Bersambung…..