Wednesday 24 December 2014

Sejarah bagi permulaan bagi segala-galanya..

Sejarah bagi permulaan bagi segala-galanya..

Kadang-kadang apa yang kita harapkan susah untuk dicapai kerana kalau kita mengikut kata hati hanya akan membinasakan diri sendiri kita sahaja.oleh itu banyak yang perlu kita pelajari dan belajar untuk mensyukuri apa yang telah kita nikmati selama ini. Kita susah untuk mengenal apa yang sebenarnya kita mahu cari tetapi Dia telah aturkan kepada kita dengan sebaik mungkin. Kita hanya perlu mengikut arus yang telah diaturkan oleh-Nya. Memang pelik bagi sesetengah orang kerana kita bagaikan seperti layang-layang yang putus talinya kalau kita tersilap langkah. Apapun hanya iman dan taqwa sahaja yang mampu menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat sana. Banyak lagi kisah dan pengalaman yang telah aku tempuhi selepas menamatkan pelajaran dari aku tadika sehingga ke tingkatan enam.

Ketika di tadika, aku diajar untuk bagaimana mengenal huruf dan abjad oleh guruku. Aku masih tidak mengetahui masalah atau kebahagiaan yang telah aku perolehi sewaktu itu. Namun segalanya berubah setelah aku menerima tamparan yang hebat ketika aku bersekolah rendah di sebuah pekan kecil yang lebih dikenali Pekan langgar. Aku masih dalam kebinggungan ketika itu kerana mengapa aku harus berpindah bersama ayah dan abang-abang aku. Mengapa ibu aku tidak ikut berpindah bersama-sama? Satu pertanyaan di dalam dadaku waktu itu. Aku bertanya kepada ayahku ketika itu, “awat mak tak ikut kita pindah sekali ayah” dan ayah berkata kepada diri aku, mak dan ayah dah tak bersama dah. Kami berdua dah bercerai dan aku mencelah ketika itu bertanya kepada ayahku apa itu bercerai? Ayahku berkata maksud bercerai ialah ayah dan emak sudah tidak boleh duduk dibawah satu bumbung lagi kerana bukan lagi suami isteri yang sah.

Aku serta abangku begitu sedih ketika itu kerana kami tidak lagi bahagia didalam sesebuah keluarga. Dalam kesedihan yang telah kami hadapi waktu itu, kami adik-beradik menerima lagi sebuah tamparan yang hebat iaitu ayah aku sudah berkawin dengan seorang wanita Thailand. Kami adik beradik telah berpindah mengikut ayah kami di sebuah taman perumahan di pekan langgar. Waktu itu , semua hak penjagaan anak-anak telah berpihak kepada ayah kerana beliau mampu menyara dan memberi nafkah anak-anak kepada kami dan ibu. Aku dan abang-abang telah ditukarkan ke sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal kami iaitu Sekolah Kebangsaan Langgar.

Ketika di darjah satu,  aku telah diajar untuk ke sekolah bersama-sama rakan dengan menaiki van sekolah yang telah disediakan oleh sekolah. Setiap hari aku akan menaiki van ke sekolah tepat pada pukul 6.45 pagi. Aku begitu  bersemangat untuk ke sekolah pada hari pertama sehinggakan aku bangun begitu awal ketika itu. Setelah menaiki van dan sampai ke sekolah aku memulakan langkah yang pertama iatu mencari kelas yang mana aku duduki. Setelah tercari-cari sekian lama baru aku menjumpai kelas aku. Tidak silap nama kelas yang aku duduki waktu itu 1 Teratai. Aku merupakan orang yang paling lambat sekali masuk ke kelas tersebut. Ketika aku ingin masuk ke kelas secara senyap-senyap , cikgu kelas ternampak dan menjemput aku masuk serta memperkenalkan diri. Oleh kerana aku orang yang terakhir masuk ke kelas aku telah disoal oleh cikgu.


 Ketika kaki aku melangkah ke dalam ke kelas itu, aku ternampak begitu ramai orang di dalam kelas tersebut. Aku mula merasa cemas dan takut waktu itu. Aku memberanikan diri aku dan cuba memasuki kelas tersebut. Cikgu memanggil aku dan menyuruh aku memperkenalkan diri iaitu nama penuh , umur, tempat tinggal dan cita-cita. Sebelum itu , terlupa nak beritahu nama ceq Apit, hehe. Sambung semula kisah tadi, aku memberanikan diri dan berdiri dihadapan kawan-kawan. Aku menyebut satu persatu apa yang telah cikgu kelas aku suruh. Dengan nada beraninya aku menyebut nama saya Muhamad Hafiz Bin Hitmi , umur saya 7 tahun , saya duk kat Taman Suri dan cita-cita nak jadi polis. Tiba-tiba cikgu bertanya kepada aku awat nak jadi polis? “dalam loghat kedah”. Ermm..saya nak tangkap penjahat cikgu! Banyak sangat orang jahat dalam negara nie. Cikgu ketawa dan melayankan saja kerenah budak kecil seperti aku. Dalam fikiran aku mahu saja tanya kepada cikgu kenapa cikgu jadi cikgu? Best sangat ka jadi cikgu? Aku hanya memedamkan saja apa yang aku fikirkan sebentar tadi. Setelah selesai sesi memperkenalkan diri , cikgu itu mula menceritakan kenapa beliau memilih cita-cita menjadi cikgu.

Bukan senang sebenarnya untuk menjadi seorang guru kerana mereka ini seperti orang tua kita selepas ibubapa kita menghantar kita ke sekolah. Aku terpinga-pinga waktu itu dan menantikan kata-kata yang disebut oleh cikgu itu. Cikgu itu berkata memang tugas seorang guru mengajar dan mendidik pelajar supaya menjadi orang yang pandai serta bijaksana tetapi ada lagi tanggungjawab lagi buat seorang guru. Tugas seorang guru bukan mudah sebenarnya kerana dengan tunjuk ajar guru mampu menjadikan seorang guru melahirkan insan yang berguna seperti arkitek , hakim , perdana menteri , ulama , polis, malah jika tersilap mendidik akan menjadi penjahat. Dengan tunjuk ajar dan didikan yang diberikan kepada pelajar mampu menjadikan setiap pelajar berguna kepada bangsa , agama , negara. Perasaanku pada waktu itu sungguh begitu bersemangat setelah mendengar apa yang telah dipertuturkan oleh guru itu tadi.

Banyak perkara yang telah aku pelajari ketika berada di dalam kelas itu sepanjang hari. Setelah tiba jam 1.00 tengahari , aku mula bergegas untuk pulang dan mencari van yang aku naiki pagi tadi. Tiba-tiba aku telah disapa oleh seorang budak lelaki “hang duk Taman Suri jugak ka” aku hairan waktu itu dan mengangguk sahaja. Dia mula memperkenalkan diri dia , nama budak lelaki tadi ialah Muhd Azuan Bin Azizi dan dia kata panggil aku wan ja. Dia berkata dia pun tinggal kat Taman itu juga. Baru aku tahu , rupa-rupanya aku berjiran dengannya. Rumah wan terletak di belakang rumah aku sahaja. Dekat jelah kata dalam diriku. Aku menghulurkan tangan aku sebagai tanda persahabatan kami. Sejak hari itu , kami sering bersama tidak kira ke sekolah , bermain , tidur dan berjalan-jalan ke sana sini.

Bersambung……

No comments:

Post a Comment