Monday 8 December 2014

KAJIAN ANALISIS PENDEKATAN STRATEGIK SYARIKAT MULTINASIONAL SYARIKAT PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SENDIRIAN BERHAD (PROTON) ABSTRAK

KAJIAN ANALISIS PENDEKATAN STRATEGIK SYARIKAT MULTINASIONAL SYARIKAT PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SENDIRIAN BERHAD (PROTON)
ABSTRAK
Dalam kajian ini saya telah ditugaskan untuk mengkaji sebuah syarikat multinasional yang terkenal di Malaysia. Saya telah memilih syarikat perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) bagi melaksanakan tugasan kerja kursus penggal tiga bagi subjek mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Terdapat tiga sub topik yang perlu saya melakukan penyelidikan. Antaranya aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad , analisis SWOT yang dijalankan oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad , konsep-konsep perniagaan antarabangsa penting yang diaplikasikan oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad serta strategi pemasaran yang dijalankan oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad . Berdasarkan analisis yang telah dilakukan syarikat perusahaan Otomobil Nasional Berhad telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan keuntungan syarikat tersebut. Malahan, Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad telah merangka beberapa dasar bagi memantapkan serta mengukuhkan perniagaan mereka di persada dunia. Selain itu, syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad sememangnya mengamalkan konsep-konsep perniagaan antarabangsa seperti dunia tanpa sempadan, pasaran menimbul, globalisasi dan lokalisasi. Seterusnya, Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad juga melaksanakan beberapa strategi pemasaran antaranya penembusan pasaran, pembangunan pasaran, pembangunan produk dan kepelbagaian.










ISI KANDUNGAN                                                                                                               M/S
1.0  PENGENALAN                                                                                                              3-4
2.0  OBJEKTIF KAJIAN                                                                                                       5
3.0  LATAR BELAKANG ORGANISASI                                                                           6         
3.1  Sejarah penubuhan syarikat                                                                                  6
3.2  Kenderaan yang dikeluarkan oleh syarikat PROTON                                          6
3.3  Pembukaan cawangan baharu                                                                               7
3.4  Carta organisasi                                                                                                     7
3.5  Logo baru telah diperkenalkan                                                                             8
3.6  Peta                                                                                                                       8-9
3.6.1        Perindustrian HICOM, batu 3, 40000 shah alam, Selangor.              9
3.6.2        Tanjung malim 59 jalan permai 1 taman ketoyong permai,                 9
tanjung malim, Perak.
4.0  KAEDAH KAJIAN                                                                                                         10
4.1  Data sekunder                                                                                                       10
4.2  Kajian di perpustakaan                                                                                         10
4.3  Internet                                                                                                                 11
4.4  Laporan tahunan                                                                                                   11
5.0  DAPATAN KAJIAN                                                                                                       12
5.1  Aktiviti perniagaan PROTON                                                                              12
5.1.1        Menjalinkan kerjasama dengan negara China                         12-13
5.1.2        Memperkenalkan persona elegance executive                        13
5.1.3        Melancarkan proton saga versi terbaharu                                            13
5.1.4        PROTON  memperkenalkan PROTON GSC                                     13
5.2  Pendekatan strategik PROTON                                                                           14       
5.2.1    Analisis SWOT                                                                                   14-15
5.3  Konsep-konsep perniagaan yang diaplikasikan oleh PROTON                           16
5.3.1        Dunia globalisasi                                                                                 16
5.3.2        Lokalisasi                                                                                            16
5.3.3        Dunia tanpa sempadan                                                                        17
5.3.4        Pasaran menimbul                                                                               17
5.4  Strategi pemasaran oleh syarikat PROTON                                                         18
5.4.1        Penembusan pemasaran                                                                      18
5.4.2        Pembangunan pasaran                                                                         18
5.4.3        Pembangunan produk                                                                         18
5.4.4        Pempelbagaikan                                                                                  19
6.0  PENUTUP                                                                                                                        20
7.0  RUJUKAN                                                                                                                       21
8.0  LAMPIRAN                                                                                                                     22-24


1.0  PENGENALAN

PROTON atau nama sebenar syarikat proton ialah Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad. Proton ini telah mula ditubuhkan oleh Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Ini adalah hasil gagasan beliau ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu untuk mencapai aspirasi iaitu negara perindustrian.


Sejarah Proton kian hari mula berkembang pesat setelah pengeluaran kereta pertama syarikat proton iaitu kereta Proton Saga. Kereta tersebut telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Permintaan terhadap kereta Proton Saga telah mendapat sambutan yang mengalakkan. Bagi rakyat Malaysia, gagasan yang telah beliau lakukan begitu bagus kerana ini julung kalinya negara Malaysia mengeluarkan kenderaan sendiri.
Pelbagai perubahan telah dilakukan supaya Proton dapat mengeluarkan kenderaan yang lebih berkualiti. Proton telah menetapkan misi syarikatnya iaitu menjadi pengeluar kereta yang berdaya saing, inovatif dan berorientasikan pelanggan dalam mengendalikan urus niaga Proton. Setakat ini sahaja dua kilang yang telah dibina iaitu terletak di Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak.


Di samping itu, pengkaji perlu mengenalpasti aktiviti perniagaan Syarikat Perusahaan Outomobil Nasional Berhad. Antara jenis aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh proton ialah pemasaran kereta.  Pengkaji turut mengkaji pendekatan strategi analisis iaitu Analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT). Seterusnya, pengkaji perlu menjelaskan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh Syarikat Perusahaan Outomobil Nasional Berhad seperti dunia tanpa sempadan, pasaran menimbul, dan globalisasi dan lokalisasi. Konsep ini dilakukan kerana sangat penting bagi meningkatkan peluang untuk meluaskan lagi pasaran di pasaran dunia.
Akhir sekali, pengkaji perlu menganalisis strategik pemasaran yang dilaksanakan oleh Syarikat Perusahaan Outomobil Nasional Berhad iaitu penembusan pasaran, pembangunan produk, pembangunan produk dan kepelbagaian keluaran kenderaan.




























2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang dilakukan adalah untuk :
        i.            Mengenal pasti aktiviti perniagaan Syarikat Perusahaan Outomobil Nasional Berhad.
      ii.            Menjelaskan pendekatan strategik yang digunakan oleh Syarikat Perusahaan Outomobil Nasional Berhad.
    iii.            Menjelaskan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh Syarikat Perusahaan Outomobil Nasional Berhad.
    iv.            Menjelaskan strategik pemasaran yang dilaksanakan oleh Syarikat Perusahaan Outomobil Nasional Berhad.






















3.0   LATAR BELAKANG KAJIAN

3.1 Sejarah penubuhan Proton
PROTON  atau lebih tepat lagi nama Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd yang mula ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama negara  Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri yang keempat ketika itu, untuk mencapai aspirasi iaitu negara perindustrian.


Pada masa itu, idea ini mula tercetus apabila beliau dan Presiden Mitsubishi semasa mengadakan lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.


Ketika itu , pemegang saham majoritinya terdiri daripada tiga iaitu Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad  iaitu sebanyak (70%) , Mitsubishi Motors Corporation, Jepun iaitu sebanyak (15%) dan yang terakhir sekali Mitsubishi Corporation, Jepun iaitu sebanyak (15%). Apabila PROTON telah ditubuhkan maka timbulah satu idea bagi melukis logo PROTON. Gambar logo ini boleh dilihat di lampiran 1.


3.2 Kenderaan yang telah dikeluarkan oleh Proton
Setakat ini, pelbagai kenderaan yang telah dikeluarkan oleh PROTON di dalam negara mahupun antarabangsa. Kira-kira hampir 20 kenderan proton yang telah dikeluarkan. Antara kenderaan yang telah berjaya dikeluarkan ialah Proton Arena, Proton Gen-2, Proton Iswara, Proton Persona, Proton Juara, Proton Perdana, Proton Perdana V6, Proton PERT, Proton Putra, Proton Saga, Proton Satria GTI, Proton Satria, Proton Satria R3, Proton Satria Neo, Proton Savvy, Proton Tiara, Proton Waja, Proton Wira, Proton Exora, Proton Preve dan terkini Proton Suprima. (Rujuk lampiran 2).
3.3 Pembukaan cawangan baharu

Kilang PROTON di Tanjung Malim yang mula dibuka pada Ogos 2004 adalah lima kali lebih besar dengan tanah seluas 517 hektar berbanding kilang Shah Alam yang terletak di kawasan seluas 101 hektar dan turut mengandungi satu litar ujian. Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh syarikat PROTON dari segi pengeluaran kenderaan dan memusatkan pengoperasian kumpulan iaitu perpindahan ke Tanjung Malim. Perpindahan itu dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2018. Menurut sumber http://ww3.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140203/, PROTON juga dijangka membangunkan atau menjual tanahnya di Shah Alam, Selangor yang bernilai RM7 bilion.
 3.5 Logo baru telah diperkenalkan
Terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh PROTON iaitu pengubahsuaian logo. Proton logo pada tahun 1983 adalah perisai biru gelap yang merangkumi bulan sabit kuning pada kedudukan di bawah bintang pecah empat belas kuning, merujuk kepada bendera dan kot Malaysia senjata. Walau bagaimanapun, lambang ini hanya digunakan untuk kereta Proton yang tidak dijual dalam negara. Kereta Proton dieksport ke pasaran lain yang diterima reka bentuk lencana yang berbeza. Pada tahun 2000, logo Proton yang baru telah digunakan pada Proton Waja yang dilancarkan pada tahun itu. Selain itu, PROTON memaparkan kepala harimau kuning digayakan pada roundel hijau timbul apabila perisai biru gelap , dengan nama PROTON dalam huruf besar kuning Frutiger font. Perwakilan teks standard nama PROTON juga telah ditukar dari huruf kecil italik teks "proton" kepada huruf besar "PROTON". Semua kereta Proton yang dikeluarkan selepas 2000 dijalankan lencana baru dan kedua-duanya dalam pasaran domestik dan eksport. Logo Proton semasa, yang digunakan sejak 2008 dengan pengenalan generasi kedua Proton Saga adalah sama dengan lencana 2000, tetapi dihasilkan di dua nada, perak dan reka bentuk hitam sebaliknya. (Rujuk lampiran 3)

3.6 Peta lokasi PROTON
4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Data sekunder
Menurut Rohana Yusuf (2001), pengumpulan data sekunder melibatkan kaedah menggunakan sumber-sumber dokumentari. Kaedah ini lebih mengutamakan penyelidikan perpustakaan. Sumber-sumber ini dapat menyumbangkan maklumatyang diperlukan sama ada maklumat berbentukan atau empirikal. Antara sumber yang sering digunakan dalam penyelidikan adalah buku, majalah, laporan rekod, kertas seminar, micro filem, alat penyiaran akhbar dan lain-lain yang dapat diperolehi di perpustakaan. Selain itu, saya telah membuat pelbagai rujukan seperti aktiviti Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON), pendekatan strategik iaitu analisis SWOT yang telah dijalankan oleh Syarikat Proton dan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang dilakukan oleh Syarikat Proton.


4.2 Kajian di perpustakaan
Menurut Sulistyo Basuki (1991), perpustakaan adalah sebuah ruangan atau tempat yang digunakan untuk menyimpan buku dan terbitan lain yang biasanya disimpan mengikut susunan tertentu yang digunakan pembaca bukan untuk dijual. Ada dua unsur utama dalam perpustakaan iaitu buku dan ruangan. Namun, pada masa sekarang, koleksi sebuah perpustakaan tidak hanya terbatas kepada buku-buku sahaja, tetapi berupaya filem, slide, atau lain-lainnya yang dapat diterima di perpustakaan sebagai sumber informasi. Kemudian sumber informasi diorganisasikan, disusun teratur, sehingga kita inginkan sesuatu informs kita akan mudah mendapatkan maklumatnya. Maklumat di atas dapat disimpukan bahawa perpustakaan adalah suatu unit kerja yang merupakan tempat menyimpan koleksi bahan pustaka yang diatur secara sistematik dan dapat digunakan oleh pemakainya sebagai sumber informasi. Saya telah mengunjungi perpustakaan bagi mendapatkan maklumat tentang kajian ini. Antaranya ialah

        i.            Perpustakaan Kuala Lumpur
      ii.            Perpustakaan Negara Malaysia


4.3 Internet
Menurut Lani Sidharta (1996), walaupun secara fisik internet adalah sambung hantar jaringan computer namun secara umum internet harus dipandang sebagai sumber daya informasi. Isi internet adalah informasi dapat dibayangkan sebagai suatu sambung atau perpustakaan multimedia yang sangat besar dan lengkap. Bahkan, internet dipandang sebagai dunia dalam bentuk lain (maya) kerana hamper seluruh aspek kehidupan di dunia nyata ada di internet seperti bisnes, olahraga, politik dan sebagainya.


4.4 Laporan Tahunan
Laporan ialah maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi) yang dilaporkan (Kamus Dewan 1996:766) atau sesuatu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau sebarang maklumat lengkap tentang sesuatu ha yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik atau sesebuah badan. Manakala, menurut Siti Hajar Abd Azizi (2008’274) menyebut bahawa laporan ialah kertas yang mengandungi khabar atau maklumat. Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah berlaku. Laporan merupakan makumat tentang sesuatu perkara yang dilaporkan. Laporan boleh ditujukan kepada seseorang individu, sekumpulan ahli jawatankuasa atau sebuah organisasi. Selain itu, laporan itu merupakan pemerian bertulis tentang kajian perkara atau pendapat yang disampaikan dalam format tertentu dan laras bahasa format.











5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Aktiviti Perniagaan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad.
5.1.1 Menjalinkan Kerjasama Dengan Negara China
Proton dilaporkan bakal menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar automotif terkemuka dari Negara China iaitu Geely Automobile Holdings Ltd. Sebelum ini Proton dan Geely telah menandatangani satu perjanjian yang dinamakan ‘perjanjian hasraf’ pada  22 April 2013 dengan disaksikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Proton ketika ini mempunyai kerjasama dengan syarikat Mitsubishi apabila pengeluar model Proton Inspira yang diadaptasi daripada model Lancer GT. Selain itu, Proton juga menjalinkan hubungan dengan Honda melalui pengeluaran Proton Perdana serba baharu.
5.1.2 Memperkenalkan Persona Elegance Executive
Pada tahun 2014 Proton telah mula memperkenalkan model kenderaan yang terbaharu iaitu Persona Elegance Executive. Selain itu, harga bagi Persona Elegance Executive terbaru keluaran 2014 ini masih belum diumumkan oleh syarikat Proton. Syarikat Otomobil Nasional Berhad juga telah memberi ciri-ciri yang telah dibekalkan untuk Proton Persona Elegance Excutive 2014. Malahan, kelengkapan yang terdahulu telah digantikan bagi menaikkan lagi mutu kenderaan PROTON supaya dapat menarik para pembeli untuk membeli kenderaan yang tersebut. Antara ciri-cirinya seperti :
                                                                                i.            Enjin 1.6L IAFMt
                                                                              ii.            Dilengkapi dengan Leather Seat Hitom bersama kemasan benang putih
                                                                            iii.            Sistem brek ABS + EBD
                                                                            iv.            Brek cakera bagi semua tayar
                                                                              v.            Fog lamp dan Grin hadapan Chrome baru
                                                                            vi.            Lining Chrome belakang baru
                                                                          vii.            Eksoz muffler
                                                                        viii.            Dual SRS Airbag
                                                                            ix.            Hadir dengan ciri pemanduan DNA Lotus Ride and Handling
                                                                              x.            Reka bentuk Sport Rim baru dengan warna Gun metal
                                                                            xi.            Set bodykit persona Highline


5.1.3 Melancarkan Proton Saga Versi Terbaru
Proton juga telah melancarkan Proton Saga versi terbaru pada tahun 2014 iaitu Proton Saga FLX Executive, Proton Saga versi terbaru ini tampil dengan kit badan luaran lengkap yang lebig menawan dan sporty. Kit badan terbaru yang dipadankan pada Saga FLX Executive 2014 itu merupakan kit badan asal yang sebelumnya dipasangkan secara eksklusif kepada model Saga FLX SE Executive CUT.


5.1.4 Proton memperkenalkan Proton GSC
Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) telah memperkenalkan model kompak terbaru dari Proton yang dikenali sebagai Proton GSC (Global Small Car). Proton GSC juga dikenali dengan panggilan Proton P2 – 30A. Model tersebut bakal dilancarkan pada tahun 2014. Proton GSC dibangunkan sebagai pengganti untuk model Proton Savy.
5.2 Pendekatan Strategik Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad.

5.2.1 Analisis SWOT
Menurut Edaris Abbu Bakri (2004), SWOT adalah singkatan daripada perkataan Strengths (S), Weaknessess (W), Opportunities (O) dan Threats (T). Dalam Bahasa Melayu ia boleh diringkaskan menjadi KLAP yang mewakili Kekuatan (K), Kelemaham (L), Ancaman (A), dan Peluang (P). Kekuatan dan kelemahan adalah merupakan faktor dalaman sesebuah organisasi manakala ancaman dan peluang pula adalah faktor luaran sesebuah organisasi. Semasa melakukan analisis ini, organisasi perlu menyenaraikan semua kekuatan, kelemahan, ancaman dan juga peluang dalam satu jualan / matriks untuk memudahkan proses mengenal pasti strategik yang sesuai digunakan.


        i.            Kekuatan
PROTON lebih hebat berbanding dengan Outomotif lain. Hal ini demikian kerana PROTON merupakan anak syarikat kerajaan. Selain itu, PROTON merupakan aset yang penting buat negara dalam bidang Outomotif.


      ii.            Kelemahan
Harga kenderaan Proton dijual lebih mahal berbanding kenderaan lain. Hal ini demikian kerana walaupun kenderaan lain mempunyai kualiti yang hampir sama tetapi jurang perbezaan harga begitu ketara seperti Hyudai, Camry dan lain-lain.


    iii.            Peluang
PROTON merupakan satu-satunya pengeluar kenderaan milik kerajaan. Oleh hal yang demikiaan kerajaan telah menetapkan harga yang berpatutan jika dibandingkan dengan pengeluar kenderaan lain pada masa kini.


    iv.            Ancaman
Proton akan mewujudkan lagi persaingan dengan kenderaan import. Hal ini demikian kerana ramai pengeluar Outomotif lain akan berusaha bagi meningkatkan lagi penjualan kenderaan mereka. Oleh itu, Proton seharusnya lebih berdaya saing dengan Outomotif lain
5.3 Konsep Perniagaan Antarabangsa diaplikasikan Proton

5.3.1 Dunia Globalisasi
Menurut Dr. Tarcusius (2007) globalisasai (Globalization) merujuk globalisasi perniagaan kerana semakin banyak syarikat yang mempunyai kemudahan pengeluaran jauh dari syarikat pangkalan mereka. Sebagai contoh, Proton telah menjalankan perniagaan di beberapa buah negara besar seperti China, Thailand, Jepun dan sebagainya.

5.3.2 Lokalisasi
Menurut Sabri Yunus (2000) lokalisasi merupakan satu strategi perniagaan yang menumpukan sesuatu pasaran di kawasan tertentu. Lokalisasi melibatkan tindakan sesebuah syarikat mengubah anak syarikatnya daripada subsidari organisasi asing kepada sesebuah organisasi perniagaan yang mempunyai ciri tempatan. Satu bentuk strategi yang biasa digunakan oleh syaraikat multinasional untuk menghasilkan produk atau perkhimatan yang sesuai dengan negara tempatan. Proton berusaha untuk mengubah subsidiari asing ke dalam organisasi tempatan supaya bersesuaian dengan ciri-ciri tempatan. Selain itu, Proton juga boleh mengurangkan risiko kerugian, meluaskan pasaran dan menjimatkan kos pengeluaran dan menumpukan produk yang sesuai untuk pasaran.

5.3.3 Dunia Tanpa Sempadan
Menurut Sabri Hj.Hussin (2000), dunia tanpa sempadan memperlihat pengerak dan perkembangan sesebuah perniagaan merentasi sesebuah perniagaan negara-negara dunia mula menunjukkan sebuah lagi sempadan yang lebih besar, mengadakan blok-blok perdagangan yang lebih bebas. Blok ini mula ditubuhkan bertujuan bagi membebaskan negara terbabit untuk menjalankan pengeluaran, pemasaran, pengagihan tanpa dikenakan sebarang tarif atau cukai dan juga beberapa sekatan yang lain. Sebagai contoh, Proton telah memasarkan keluaran kenderaan ke luar negara seperti negara China dan Jepun.




5.3.4 Pasaran Menimbul
Menurut Sabri Hj. Hussin (2000), pasaran menimbul merupakan pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran tersebut. Sebagai pasaran menimbul negara-negara di Asia mula menjadi pembeli utama keluaran baru yang dihasilkan oleh negara maju. Proton telah mengenal pasti negara yang mempunyai ekonomi yang mampu menyediakan pasaran eksport pengeluaran dunia dan antarabangsa. Proton berusaha mengubah dan meningkatkan taraf syarikat agar setanding dengan negara-negara lain melalui pasaran kepada pelabur antarabangsa. Sebagai contoh, Proton telah memasarkan pelbagai kenderaan keluarannya ke negara 

5.4. Strategi Pemasaran Proton

5.4.1 Penembusan Pasaran
Menurut Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003), strategi penembusan pasaran digunakan dengan tujuan untuk meningkatkan syer pasaran organisasi dalam sesebuah kawasan. Organisasi masih menawarkan produk yang sama dalam pasaran yang telah dimasukinya tetapi meningkatkan usaha pemasaran agar keluaran dapat dijual dengan lebih banyak dan seterusnya menjana keuntungan yang lebih. Dalam strategi ini, usaha seperti penambahan jurujual, memperhebatkan aktiviti pengiklanan, melaksanakan promosi jualan besar-besaran dan meluaskan publisiti dalam pasaran semasa. Ini dapat dilihat dengan pelbagai aktiviti pengiklanan di kaca televisyen untuk keluaran yang telah sedia ada di pasaran. Sebagai contoh, Proton telah menembus pasaran ke luar negara seperti negara China dan Jepun.

5.4.2 Pembangunan Pasaran
Menurut Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003), Strategi pembangunan pasaran pula dijalankan dengan memperluaskan skop pasaran keluaran sedia ada. Ini bermakna organisasi masih menawarkan keluaran yang sama tetapi memasuki sebuah pasaran baru yang belum dimasukinya sebelum ini. Bagi Proton telah membuat satu pembaharuan di dalam pasaran. Ini dibuktikan melalui perluasan pasaran iaitu tidak tertumpu dalam domestik sahaja tetapi juga peringkat global. Proton telah berjaya mengembangkan perniagaannya ke negara China. Usaha mengeksport keluaran organisasi ke negara luar merupakan antara cara termudah melaksanakan strategi pembangunan pasaran.

5.4.3 Pembangunan Produk
Menurut Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003), strategi ini melibatkan penghasilan keluaran baru ke pasaran semasa melalui usaha pembangunan keluaran baru. Ini bermakna organisasi telah sedia memasuki pasaran tetapi menambah jumlah keluarannya di pasaran tersebut. Strategi ini boleh juga dilaksanakan dengan menambahkan ciri baru kepada produk semasa. Proton Perdana V6 contohnya merupakan produk yang telah diubah suai daripada Proton Perdana jenis lama. Strategi ini sesuai dilaksanakan jika keluaran semasa sedang menempuhi tahap kematangan dalam kitaran hayat keluaran. Jadi pengeluaran keluaran baru boleh menarik pelanggan sedia ada yang setia untuk mencuba keluaran baru.
5.4.4 Pempelbagaian
Menurut Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003), strategi ini dilaksanakan dengan menambah keluaran atau perkhidmatan baru tetapi berkaitan dengan pelanggan sedia ada organisasi. Selain itu, Proton tidak perlu mencari pelanggan baru tetapi berusaha agar pelanggan semasa menambah jumlah pembelian mereka daripada organisasi. Contohnya, Proton perlu meningkatkan lagi penambaikkan di dalam keluarannya. Hal ini demikian kerana akan menarik lagi minat pelanggan bagi menambahkan jumlah pengunjungan pelanggan. Sebagai contoh, pelanggan Proton boleh membuat servis kereta setiap 6 bulan sekali bagi menukar minyak engine kenderaan Proton.  Secara tidak langsung, pelanggan akan tertarik melihat keluaran Proton yang terkini dan berminat untuk mencuba. Strategi ini berkesan apabila pasaran semasa Proton sedang mengalami penurunan jualan dan keuntungan.

6.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, kajian mendapati bahawa pelbagai aktiviti perniagaan telah dijalankan oleh Proton seperti menjalinkan kerjasama dengan negara China, memperkenalkan Persona Elegance Executive, melancarkan Proton Saga versi terbaru, memperkenalkan Proton GSC. Dari segi pendekatan strategi analisis SWOT pula, terdapat beberapa seperti kekuatan dan kelemahan yang dihadapi oleh Proton. Namun begitu, Proton mempunyai peluang seperti Proton merupakan satu-satunya pengeluar kenderaan milik kerajaan.Selain itu, dari segi ancaman Proton akan mewujudkan lagi persaingan dengan kenderaan import. Proton juga mengamalkan konsep perniagaan antarabangsa seperti dunia globalisasi, lokalisasi, dunia tanpa sempadan, pasaran menimbul. Bagi meningkatkan imej Proton dan mampu berdaya saing syarikta-syarikat automotif lain seperti Honda, Camry, Ford dan sebagainya. Proton telah melaksanakan 4 strategi pemasaran iaitu penembusan pasaran, pembangunan produk, pembangunan pemasaran dan pempelbagaian. Oleh yang demikian, satu kajian tentang ciri-ciri usahawan berjaya pula dilaksanakan di masa hadapan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahamanan pelajar mengenai Proton.
  
7.0 SENARAI RUJUKAN

Internet

Buku
Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003), Pengurusan Organisasi Edisi Kedua, Kuala Lumpur : McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Edaris Abbu Bakri (2004), Pengurusan Strategik Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Rohana Yusuf (2001), Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka
Sabri Hj. Hussin, 2000. Buku Pengenalan kepada Perniagaan Mengurus Perniagaan dalam Perspektif Malaysia.

2 comments:

  1. Saya tidak dapat berterima kasih kepada perkhidmatan pembiayaan lemeridian yang cukup dan membiarkan orang tahu betapa saya bersyukur atas segala bantuan yang anda dan kakitangan pasukan anda telah menyediakan dan saya berharap untuk mengesyorkan rakan dan keluarga sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan kewangan @ 1,9% Kadar untuk Pinjaman Perniagaan .Via Hubungi:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Teruskan kerja hebat.
    Terima kasih, Busarakham.

    ReplyDelete